Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem khidmat kesihatan mental berperingkat disaran

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH sistem perkhidmatan kesihatan mental berperingkat untuk memenuhi tahap keperluan berbeza individu telah disyorkan oleh pihak berkepentingan semasa rundingan awam yang dijalankan sejak 30 Mei.



Sistem perkhidmatan berperingkat itu boleh bermula daripada sokongan rakan sebaya dan kaunseling am kepada perkhidmatan psikologi dan psikiatri lebih intensif.



Pihak berkepentingan berpendapat sistem sedemikian akan membolehkan klien mendapat penjagaan bermutu yang mereka perlukan tepat pada masanya.



Namun, sebelum ia dilaksana, sistem berperingkat itu mesti disertakan dengan pemangkin sesuai, seperti rangka kerja kecekapan yang sama bagi kakitangan untuk membimbing latihan dan pembangunan tenaga manusia, serta penilaian piawai dan proses rujukan.



Ini merupakan sebahagian maklum balas yang diterima Pasukan Bertindak Berbilang Agensi bagi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Warga Singapura semasa rundingan awam yang dijalankannya melibatkan sekitar 800 individu, kongsi Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Beliau mempengerusikan pasukan bertindak itu,



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pasukan bertindak itu telah mendekati pelbagai pihak berkepentingan serta orang awam untuk mendapatkan pandangan mereka tentang 12 cadangan awal merentasi tiga bidang tumpuan.



Tiga bidang tumpuan itu ialah meningkatkan kebolehcapaian, penyelarasan dan mutu perkhidmatan kesihatan mental; memperkukuh perkhidmatan dan sokongan untuk kesejahteraan mental belia; dan meningkatkan langkah kesejahteraan tempat kerja dan sokongan pekerjaan.



Menurut MOH, lebih 400 individu, termasuk belia, ibu bapa, institusi kesihatan, mereka yang mempunyai isu kesihatan mental, dan majikan, mengambil bahagian dalam sesi pelibatan kumpulan kecil.



Hampir 400 individu lain berkongsi pandangan mereka melalui tinjauan dalam talian di laman web unit maklum balas pemerintah, Reach.



Antara lain, pihak berkepentingan mengalu-alukan saranan bagi pekerja barisan hadapan dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu kesihatan mental yang membolehkan mereka mengenal pasti tanda dan simptom gangguan kesihatan mental dalam kalangan klien mereka.



Mereka berkata latihan sedemikian akan membolehkan para pekerja ini menjadi lebih berkesan dan yakin dalam menggalak klien mereka yang memerlukan bantuan untuk mendapatkan bantuan.



Rundingan awam mengenai cadangan awal pasukan bertindak itu akan dijalankan hingga 7 Ogos.



Orang ramai boleh berkongsi pandangan mereka melalui go.gov.sg/mental-health.



Dapatan daripada rundingan awam tersebut akan menyumbang kepada pembangunan Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Kebangsaan, yang akan diterbitkan tahun depan.




MAKLUM BALAS MENGENAI SARANAN PASUKAN BERTINDAK BERBILANG AGENSI BAGI KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN



Tingkatkan kebolehcapaian, penyelarasan dan mutu perkhidmatan kesihatan mental:



- Alu-alu saranan pekerja barisan hadapan dilengkapi kemahiran dan ilmu kesihatan mental



Perkukuh perkhidmatan dan sokongan untuk kesejahteraan mental belia:



- Setuju model penjagaan berperingkat berguna untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai tahap keperluan kesihatan mental berbeza



Tingkatkan langkah kesejahteraan tempat kerja dan sokongan pekerjaan:



- Perlu ada perubahan pemikiran yang sokong penyesuaian latihan vokasional dan sokongan dalam pekerjaan



- Penting memudahkan peralihan pengetahuan kepada tingkah laku dalam kalangan pemimpin, penyelia, rakan sekerja dalam menyokong golongan yang ada isu kesihatan mental




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >