Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Maklumat dikongsi lebih telus bantu majikan pilih pembantu rumah

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah mengambil pendekatan di mana maklumat dapat dikongsi dengan lebih telus agar majikan dapat membuat keputusan termaklum apabila mendapatkan khidmat pembantu rumah, termasuk mereka yang kerap melakukan pemindahan antara majikan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan) Cik Gan Siow Huang.



Menerusi usaha ini, majikan boleh mendapat akses kepada maklumat berkaitan dengan pengalaman kerja bakal pembantu rumah mereka, jenis dan saiz isi rumah yang pernah mereka kerja sebelum ini.



Beliau turut menambah majikan boleh melihat tempoh bekerja dan sebab mengapa pembantu rumah itu meninggalkan majikan sebelumnya, termasuk maklumat mengenai pihak yang menyuarakan keinginan untuk tidak meneruskan perkhidmatan itu.



Cik Gan berkata pihaknya telah mula mengumpul sebab daripada majikan berhubung pembatalan permit kerja pembantu rumah mereka sejak September tahun lalu.



"Dengan masa, maklumat sejarah pekerjaan pembantu rumah akan menjadi lebih komprehensif," ujarnya.



Cik Gan berkata demikian sebagai memberikan respons terhadap usul di akhir sidang parlimen berhubung peranan pekerja domestik migran dalam Landskap Jagaan Singapura.



"Saluran rujukan majikan ini memberikan peluang kepada majikan prospektif untuk menghubungi bekas majikan pembantu rumah migran yang ingin diambil bekerja untuk diperiksa," katanya.



Usul di akhir sidang parlimen itu telah dibentangkan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).



Dalam ucapannya, Cik Tin berkata keperluan terhadap khidmat penjagaan semakin meningkat dan keupayaan keluarga untuk menjaga anggota keluarga mereka semakin terjejas.



Justeru, pembantu rumah memainkan peranan yang penting dalam landskap penjagaan Singapura kerana dapat menawarkan penjagaan peribadi dan fleksibiliti kepada keluarga, katanya.



Namun, menurut Cik Tin antara cabaran yang dihadapi keluarga yang ingin mendapatkan khidmat pembantu rumah ini termasuk tuntutan gaji yang lebih tinggi.



"Dengan kemasukan pembantu rumah migran dikawal dan semakin berkurangan, keluarga yang terdesak dan memerlukan bantuan terpaksa berpaling kepada mereka yang bersedia untuk beralih.



"Justeru, bekalan berkurangan namun permintaan terus meningkat, langsung mengakibatkan harga yang semakin tinggi," katanya.



Katanya, keluarga yang terdesak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah akan menawarkan gaji sehingga lebih $1,000 sebulan selain membiayai makan minum, kediaman dan kos perubatan pekerja.



Ini berbanding gaji bulanan antara $590 bagi pembantu rumah baru dan $630 bagi pembantu yang beralih.



Akibatnya, ada pembantu rumah yang ingin menamatkan kontrak sedia ada mereka untuk bekerja untuk majikan yang boleh membayar gaji yang lebih tinggi.



Sementara itu, Cik Nadia menimbulkan keperluan untuk memastikan pembantu rumah menjalani latihan yang diperlukan supaya dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik, terutama sekali apabila perlu menjaga warga tua.



"Lebih banyak perhatian harus diberikan terhadap usaha memadankan dan melatih pembantu rumah.



"Apa yang kita boleh lakukan adalah untuk membuat penilaian terhadap keluarga majikan. Ini boleh disahkan oleh agensi pekerjaan melalui rekod kesihatan.



"Jika terdapat ketidaksepadanan antara kemahiran dan keperluan tugas, majikan boleh membuat permohonan untuk Geran Latihan Penjaga untuk meningkatkan kemahiran pembantu rumah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >