Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NHB undang usulan teroka jalur budaya Kampong Glam secara maya

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi para pengunjung ke Kampong Glam dapat meneroka warisan jalur budaya itu dari pelbagai tempat.



Dengan pengalaman warisan alam maya yang kini dibangunkan oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), pengunjung Kampong Glam dapat mengemudi persekitaran secara maya seperti adegan tiga dimensi (3D) dan lawatan mempelajari lebih banyak mengenai sejarah dan budaya yang kaya.



Menurut kenyataan NHB semalam, projek perintis itu dijangka selesai pada hujung tahun ini.



Ia mengundang artis dan pereka setempat untuk menjadi sebahagian daripada projek itu.



Mulai sekarang hingga 31 Ogos, NHB menjemput seniman-seniman untuk mengemukakan cadangan bagi projek digital di bawah daya usaha DigiMuse Presents tahunan, yang bertujuan menjangkau sektor teknologi bagi mengumpul idea dan membangun sektor budaya yang lebih cergas.



Mengulas mengenai daya usaha itu, Pengarah Program projek DigiMuse, Encik Jervais Choo, berkata:



"Inisiatif DigiMuse Presents telah membolehkan kita mengungkap banyak pengalaman menarik dan inovatif yang dihasilkan bersama dengan pereka setempat kami selama beberapa tahun ini, dan kami berharap perkongsian masyarakat ini akan membolehkan kami terus membina warisan setempat yang rancak yang dikongsi dengan masyarakat berlainan di sini.



"Kami menyedari potensi besar dalam memanfaatkan teknologi digital yang dapat menjadi jambatan alam maya dan fizikal, dan kami berharap dapat menghidupkan jalur budaya Kampong Glam dengan projek-projek digital baru ini."



Menurut NHB, penyertaan projek harus mengandungi cadangan bagi melibatkan dan menarik perhatian penduduk setempat dan masyarakat antarabangsa, untuk meneroka Jalur Budaya Kampong Glam secara fizikal dan alam maya.



Sebagai contoh, mereka boleh mendapatkan inspirasi daripada mercu tanda seperti Taman Warisan Melayu (MHC), pameran, sejarah dan koleksi MHC; laluan warisan dan Galeri Warisan Sudut Jalanan di Kampong Glam atau kandungan warisan dan budaya yang berkaitan yang terdapat di portal warisan NHB Roots.gov.sg.



Penyertaan yang diterima akan dikaji oleh panel perwakilan dari NHB.



Pemilihan akan dibuat pada Oktober 2021 untuk menerima hingga $ 25,000 bagi setiap projek supaya seniman dapat membangunkan projek mereka dengan kerjasama NHB.



Projek yang dihasilkan itu akan dipamerkan di wadah pengalaman warisan maya di laman NHB dan Roots.gov.sg sebagai sebahagian daripada program DigiMuse Presents tahunan pada akhir 2021.




MAKLUMAT MENGENAI DAYA USAHA DIGIMUSE PRESENTS



  • Tarikh akhir kemuka usulan ialah pada 4 petang, 31 Ogos

  • Pengumuman mengenai pemohon yang disenarai pendek ialah pada September 2021

  • Pengumuman keputusan ialah pada Oktober 2021

  • Pameran projek yang dihasilkan ialah pada penghujung tahun ini

  • Untuk maklumat lanjut mengenai penyerahan projek ini, lungsuri https://go.gov.sg/digimuse.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >