Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maklumat peribadi 79,400 pelanggan MyRepublic diakses penggodam

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



MAKLUMAT peribadi bagi sekitar 79,400 pelanggan bimbit syarikat telekomunikasi MyRepublic telah diakses oleh penggodam.



Penggodam mengambil dokumen pengesahan identiti berkaitan dengan permohonan pelanggan bagi khidmat bimbit pelanggan.



Menurut MyRepublic, penggodam mungkin mengakses data termasuk salinan kad pengenalan (NRIC) yang diimbas serta maklumat pekerjaan dan pemegang pas tanggungan.



NRIC mengandungi maklumat seperti nama, tarikh lahir dan alamat. NRIC itu juga boleh digunakan bagi mengakses laman rasmi.



Bagi warga asing yang merupakan pelanggan MyRepublic, penggodam boleh mengambil salinan bil perbekalan bagi mengesahkan alamat rumah. Pelanggan itu yang mempunyai khidmat bimbit bersama syarikat, mempunyai nama dan nombor telefon bimbit diakses.



Namun, tidak ada maklumat yang menunjukkan data peribadi seperti akaun atau maklumat bayaran diambil.



Sistem MyRepublic tidak dikompromi dan tidak ada kesan operasi terhadap khidmat MyRepublic, kata kenyataan syarikat itu.



Pada 29 Ogos, firma itu mendapati data diakses secara haram oleh sebuah wadah penyimpanan data pihak ketiga yang digunakan bagi menyimpan data peribadi bagi pelanggan alat telekomunikasi bimbit.



Akses bagi kemudahan penyimpanan datanya telah pun ditingkatkan keselamatannya.



Ia juga telah mengaktifkan pasukan respons kejadian siber termasuk penasihat pakar luaran seperti syarikat runding cara syarikat KPMG yang akan bekerja sama dengan pasukan rangkaian dan teknologi maklumat dalaman MyRepublic bagi menghuraikan cabaran itu.



MyRepublic telah memaklumkan perkara itu kepada Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi.



Meminta maaf atas kejadian itu, ketua eksekutif MyRepublic, Encik Malcom Rodrugues, berkata syarikat itu akan memaklumkan kepada pelanggan dan akan terus menyokong pelanggan yang terjejas bagi menangani isu itu.



Sejak beberapa bulan lalu, beberapa kejadian serangan siber juga berlaku.



Bulan lalu, StarHub menyatakan nombor NRIC, nombor telefon dan alamat e-mel dimiliki 57,200 pelanggan telah dibocorkan dalam talian.



Februari lalu, Singtel mendedahkan maklumat peribadi 129,000 pelanggannya diambil penggodam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >