PELAJAR kursus Diploma Pengurusan Industri dan Operasi (DIOM) di Politeknik Republic (RP) kini boleh mempertingkat keupayaan dan kemahiran mereka dalam bidang kejuruteraan menerusi satu makmal baru di politeknik itu.
Makmal penghasilan canggih yang dinamakan Makmal Bersama RP-Hexagon Manufacturing Intelligence (HMI) itu dilancarkan semalam sempena Hari Industri DIOM RP.