SEBUAH makmal yang menyediakan persekitaran realistik untuk penyelidikan keselamatan siber dan ujian demi mencari penyelesaian ancaman siber telah dilancarkan di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.
Disokong sepenuhnya oleh dana berjumlah $8.4 juta daripada Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Keselamatan Siber (NCL) itu mempunyai lebih seribu komputer yang boleh meniru serangan siber yang berniat jahat secara besar-besaran.