Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Maktab Rendah Eunoia mula tahun akademik di kampus baru di Bishan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maktab Rendah Eunoia mula tahun akademik di kampus baru di Bishan

Jan 06, 2020 | 06:31 PM

BAGI menyambut permulaan tahun akademik di kampus baru, pelajar Maktab Rendah Eunoia (EJC) telah berarak sejauh satu kilometer dari Taman Aktif Bishan ke kampus baru sekolah tersebut di Sin Ming Avenue pada Isnin (6 Jan).

Awal sebelum itu, beberapa wakil maktab rendah itu telah memulakan perarakan ‘simbolik’ sepanjang 14 kilometer bermula waktu pagi di kampus EJC Mount Sinai yang terletak di Ghim Moh dan kemudian berarak ke kampus baru di Bishan melalui Rifle Range Road dan Kawasan Simpanan Semula Jadi Central.

Pada 10 pagi, mereka diiringi 1,000 pelajar lain serta pekerja dan alumni EJC yang ingin menyertai perarakan satu kilometer terakhir dari Taman Aktif Bishan ke kampus baru mereka.

Pelajar juga berhimpun di padang sekolah untuk menikmati acara menaikkan bendera yang menandakan permulaan tahun akademik baru.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3