Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malam Lawak Sastera boleh 'pecah perut' penonton

Oct 13, 2016 | 05:30 AM



MALAM Lawak Sastera menjanjikan satu kelainan - para pelakon memastikan pengalaman dan pengetahuan mereka 'bermain' pentas mampu menawan hati dan menggeletek penonton hingga pecah perut.



Jika sebelum ini penonton disajikan dengan sebuah pementasan yang lengkap dan lancar, kali ini penonton akan berhadapan dengan kemampuan pelakon yang memanfaatkan segala kepakaran dalam menyajikan sebuah persembahan yang penuh drama dan bertenaga.



Mereka bukan hanya berlakon malah sedia memainkan segala peralatan yang ada bagi menghasilkan kesan bunyi yang memberi gambaran tentang suasana drama yang dipentaskan.



Tiada rakaman awal, segalanya dilakukan secara 'live'!



Malam Lawak Sastera yang dipentaskan sempena Pesta Penulis Singapura 2016 menampilkan naskhah Sayang di Sayang tulisan penulis mapan, M. Saffri A. Manaf, dan dijayakan oleh beliau sendiri, GT Lye, Norsiah Hamid, Junaidah Eksan, Ariff Esa dan Zainal Ihim.



Menurut Saffri, kekuatan naskhah ini terletak pada kemampuan pelakonnya yang cukup berpengalaman.



Kesemua mereka asalnya merupakan 'anak pentas' sebelum meluaskan bakat lakonan kepada bidang radio dan televisyen.



Sayang di Sayang merupakan sebuah drama yang mengisahkan dua keluarga yang ingin sekali melihat anak mereka ke jenjang pelamin.



Masalahnya, kedua-dua anak mereka telah 'terlajak' umur.



"Drama ini dipentaskan tanpa rakaman awal kesan bunyi. Segalanya memerlukan pelakon melakukannya secara 'live'.



"Sememangnya ia sebuah drama komedi tetapi ia sarat dengan nilai sastera, memandangkan saya memastikan adanya sajak, syair dan seloka terkandung di dalamnya.



"Penonton juga akan melihat bagaimana GT Lye, yang dikenali sebagai pelakon Baba Peranakan, beradu pantun bersama saya dan Norsiah Hamid.



"Zainal, Ariff dan Junaidah pula menunjukkan keahlian mereka berseloka dan bersajak," ujarnya.



Tiket-tiket boleh didapatkan di kaunter Sistic.



Bagi pembelian tiket menerusi dalam talian, orang ramai boleh melungsuri laman Sistic di atau melungsuri laman http://www.sistic. com.sg/events/cswf2016d.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >