Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malaysia Fest 2022 kembali lagi ke Singapore Expo

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



SETELAH 'menyepi' hampir tiga tahun lamanya, dewan 6A bergegar kembali di Singapore Expo.



Kali ini, Malaysia Fest 2022 anjuran MegaXpress International Pte Ltd kembali dengan sejumlah 212 gerai dan pelbagai aktiviti selepas ditiadakan akibat pandemik Covid-19.



Malaysia Fest 2022 diadakan bermula hari ini sehingga 28 Ogos, dari 10 pagi hingga 10 malam, dan masuk adalah percuma.



Menurut pihak penganjur, acara ini akan mempromosikan beraneka jenis makanan dan barangan khususnya dari Malaysia seperti dari Sabah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Malah edisi kali ini juga mempamerkan pelancongan dan percutian dalam segmen 'Travel Zone' atau Zon Kembara, dan lebih banyak lagi reruai bagi hidangan eksotik, demo masakan, fesyen, kecantikan serta hiburan dari barisan selebriti Seberang Tambak yang mantap. Selain itu, cabutan bertuah bagi setiap perbelanjaan $20 ke atas bakal menangi hadiah-hadiah menarik yang lain.



Menurut Pengurus Projek Kanan syarikat MegaXpress International, Cik Vivienna Hamzah, pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai vendor yang hadir seperti dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia serta Tourism Malaysia bakal memaparkan maklumat tentang percutian menarik di Malaysia. Selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), juga menawarkan aneka jenis makanan dan buah-buahan eksotik yang diminati ramai seperti ulam-ulaman pucuk paku, petai dan jering, kopi kachung darat, kuih peneram, kuih cincin, keropok keping, durian belanda, aneka jeruk, produk Agromas dan bermacam lagi. Kebanyakan sayur-sayuran ini dibawa masuk khas dari ladang-ladang di Malaysia sendiri.



Bagi yang meminati artis-artis luar negara dan penyanyi nombor satu di Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Dato Siti Nurhaliza, ikon seni Malaysia dan pengasas produk kecantikan, bakal beraksi di ekspo kali ini. Selain itu, penyanyi tempatan seperti Hady Mirza, Sufi Rashid, Roslan Shah dan ramai lagi artis lain dijangka memeriahkan acara sambil menghiburkan peminat mereka.



Untuk yang menderma, Masjid Al-Amin bertempat di Telok Blangah Way ini pula merupakan benefisiari tunggal bagi ekspo kali ini.



Antara acara yang akan diketengahkan Masjid Al-Amin adalah ceramah interaktif, seperti 'Cakap Masjid Bersiri' bersama Fiza O dan Ustazah Dr Sakinah Saptu dengan topik '4 Kunci Rezeki' dan Ustaz Aiman Khalid dengan topik 'Diary Tok Kadi' pada 25 Ogos dan 26 Ogos, 11 pagi; majlis khataman Al-Quran oleh Muslimah masjid-masjid Singapura pada 27 Ogos, 10 pagi; syarahan perdana oleh Dr Ahmad Dahri dengan topik 'Rezeki atau Istidraj' pada 27 Ogos, 6 petang; dan majlis selawat yang dipimpin Ustazah Kamiseh Parisan pada 28 Ogos, 10 pagi.



RANCANG PERCUTIAN SELESA KE MALAYSIA



Bagi pengunjung yang bercadang ingin bercuti ke Malaysia, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan harga istimewa dan pelbagai diskaun dan promosi lain.



Pengurus Pemasaran dari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (berpusat di Singapura), Cik Fiona Estrop, berkata sejak satu Ogos lalu, pelancong ke Malaysia tidak lagi perlu untuk mengisi atau melengkapkan informasi pada Kad Pengembara atau 'Traveller's Card' dalam aplikasi MySejahtera mereka. Kelonggaran itu dilakukan berikutan keadaan sistem kesihatan di Malaysia di tahap yang baik dan terkawal, selain bertujuan untuk memudahkan prosedur kemasukan pelancong untuk melawat Malaysia.



Cik Fiona menambah, jika ada pelancong yang didapati kurang sihat dan positif Covid-19, setibanya ke Malaysia, maka langkah-langkah keselamatan perlu dilakukan dengan segera.



"Jika pelancong luar negara yang dikesan menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, monkeypox, setibanya sampai Malaysia, mereka akan dirujuk kepada klinik kesihatan yang berhampiran, untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," ujar Cik Fiona.



Pelancongan Malaysia juga akan mempromosikan percutian di tempat-tempat gah dan popular di Malaysia, kendalian Resorts World Genting, Royale Chulan Hotels & Resorts, EQ Hotel Kuala Lumpur, Amazing Borneo Travel, Desaru Coast dan lain-lain lagi. Dapatkan pakej-pakej istimewa yang ditawarkan dan raih diskaun yang berbaloi.



Selain itu, pihak Pelancongan Malaysia juga telah berkolaborasi bersama Easybook.com. Bagi setiap tempahan, gunakan kod promo: GOMALAYSIA untuk menikmati promosi dan potongan harga yang telah disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >