Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malaysia saran ke Singapura agar kedua-dua pihak berhenti daripada menghantar aset ke kawasan perairan yang dipertikaikan

Dec 07, 2018 | 09:45 PM



MALAYSIA telah menyarankan agar negara itu dan Singapura berhenti daripada menghantar aset ke kawasan perairan yang dipertikaikan berkuat kuasa esok (8 Dis) bermula 12 tengah malam.



Ini bagi meredakan ketegangan yang berlaku antara kededua negara berhubung sempadan had pelabuhan Johor Bahru dan Singapura.



Saranan tersebut terkandung dalam kenyataan Menteri Ehwal Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, hari ini.



Melalui usulan dibuat kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, beliau menyampaikan kenyataan itu sedang rancangan perbincangan diadakan bagi menangani isu perairan dekat Tuas yang menjadi pertikaian itu.



“Tindakan untuk menghentikannya akan dilaksanakan tanpa prejudis kepada kedudukan tuntutan sempadan maritim Singapura atau Malaysia mengenai kawasan yang dipersoalkan itu,’’ kata Datuk Saifuddin.



Malaysia menyarankan agar pertemuan diadakan pertengahan bulan ini.



Datuk Saifuddin menambah segala pertikaian harus ditangani melalui ‘semangat dialog dan kerjasama’.



Malaysia juga telah membantah keputusan Singapura untuk meluaskan had pelabuhan negara ini dekat Tuas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >