Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malaysia setuju gantung pelaksanaan Kawasan Larangan Pasir Gudang; Singapura gantung pelaksanaan ILS selama sebulan

Jan 08, 2019 | 03:46 PM



MALAYSIA bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Kawasan Larangan (RA) Pasir Gudang selama sebulan, manakala Singapura pada masa yang sama bersetuju untuk menggantung pelaksanaan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) Lapangan Terbang Seletar selama sebulan. 



Demikian menurut kenyataan bersama Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Ehwal Luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang dikeluarkan hari ini. 



Tempoh penggantungan tersebut bermula serta merta. 



Kededua pihak turut bersetuju bahawa mereka harus mengadakan perbincangan mengenai RA dan ILS untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan sivil. 



Sementara itu, berkaitan isu maritim berkenaan had pelabuhan kededua negara, Singapura dan Malaysia bersetuju untuk menubuhkan kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar Singapura, Encik Chee Wee Kiong, dan Setiausaha Agung Kementerian Ehwal Luar Malaysia, Dato’ Sri Shahrul Ikram Yaakob. 



Kumpulan itu akan membincangkan isu perundangan dan operasi untuk meredakan keadaan dan membantu perbincangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >