Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia, Singapura setuju lanjut kerjasama dalam ekonomi digital dan hijau

Jun 30, 2022 | 09:51 PM



MALAYSIA dan Singapura bersetuju untuk melanjutkan kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan hijau menyusuli satu mesyuarat antara menteri kededua negara pada Khamis (30 Jun).



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, bertemu dengan Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Kuala Lumpur.



Kededua menteri bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai rangka kerja kerjasama dalam dua bidang ini, melihat pada langkah menggulung kededua rangka kerja ini, tahun ini, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataannya.



MTI berkata kededua menteri akur bahawa ekonomi digital dan hijau adalah kunci pada pertumbuhan mampan dan inklusif bagi kededua negara.



Rangka kerja kerjasama ini bertujuan memperkukuh dialog dan kerjasama serta bertujuan menjadi asas bagi inisiatif kerjasama dua hala mendatang, berkitan dengan dua bidang ini.



Mereka juga menyediakan rangkaian manfaat yang lebih meluas kepada perniagaan di kededua negara, dalam bidang keusahawanan, perusahaan, pelaburan dan perdagangan.



Encik Gan berkata rangka kerja ini melambangkan komitmen kededua negara dalam mendalami kerjasama ekonomi dua hala yang sedia ada dan membawa pada manfaat ketara buat kededua ekonomi.



MTI berkata pandemik Covid-19 telah menekankan kepentingan ketersambungan digital antara negara dan mempercepatkan transformasi digital model perniagaan tradisional ini.



Bagi mempersiapkan diri bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dalam ekonomi digital, adalah penting buat Singapura dan Malaysia memupuk lebih keupayaan untuk bekerjasama dengan satu sama lain dan berganding bahu, katanya.



"Ini akan membuka rangkaian peluang lebih besar bagi manfaat perniagaan dan masyarakat kita," kata MTI.



Ia menambah bahawa perubahan iklim dan kemampanan kian mencorak pertumbuhan ekonomi dan perdagangan. Justeru, bagi dunia mencapai cita-cita iklim seperti pihak yang sehala fikirannya seperti Singapura dan Malaysia perlu bekerjasama ke arah masa depan rendah karbon.



Ini bererti bekerjasama dalam usaha menyahkarbon industri dan membolehkan perniagaan dan pekerja merebut peluang dalam ekonomi hijau.



Mesyuarat antara dua menteri ini juga menyentuh tentang perbincangan di Mesyuarat Menteri Tidak Rasmi berkenaan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diadakan di Paris pada pertengahan Jun.



MTI berkata kededua menteri menekankan bahawa kepentingan strategik dan ekonomi IPEF ini adalah platform berharga bagi Amerika Syarikat mendekati rantau ini dan bagi negara bekerjasama bagi memperkukuh ekosistem terbuka dan bersandarkan peraturan.



Kededua menteri juga menggariskan kepentingan IPEF diteruskan sebagai inisiatif yang terbuka, inklusif dan fleksibel, yang akan membantu memudahkan penyertaan lebih meluas dan kerjasama lebih bermakna, kata MTI.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >