Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malaysia tunda VEP semasa ‘waktu sibuk’

Sep 23, 2019 | 06:10 PM



KUALA LUMPUR - Malaysia pada Isnin (23 September) telah mengumumkan bahawa ia akan menunda penguatkuasaan permit masuk kenderaan (VEP) “semasa operasi trafik waktu sibuk” sehingga notis selanjutnya.



Terdapat “beberapa isu” termasuk kesukaran mendapatkan pelantikan untuk pemasangan tag RFID.



Dalam kenyataannya, Kementerian Pengangkutan berkata bahawa ini akan menjejas “trafik keluar” di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas masing-masing.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, “waktu sibuk” merujuk kepada berikut:



Isnin hingga Khamis: 5 hingga 11 pagi, 7 malam hingga 10 pagi



Jumaat, Sabtu dan Ahad: 4 petang hingga 3 pagi, 1 petang hingga 4 petang



Kementerian itu menambah bahawa dengan penangguhan ini, ia berharap bahawa “semua pemilik kenderaan asing akan mengambil peluang ini supaya segera mendaftar dan mendapatkan tag RFID dan memasangkannya untuk mengelak sebarang kesukaran apabila masuk keluar Malaysia pada masa hadapan”.



Pemilik kenderaan boleh mendapatkan dan memasang tag RFID mereka di empat pusat khusus di Johor Baru, Hentian Rehat Gelang Patah Southbound, Tempat Meletak Kereta Terbuka Plaza Angsana, Hentian Rehat Pandan dan Lima Kedai Toll Plaza.



VEP pertama kali diumumkan pada 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu, untuk mengenal pasti jumlah kenderaan asing yang memasuki Malaysia dan juga untuk mencegah kecurian kereta dan menghalang sindiket klon kereta.



Pada April, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa ia akan menguatkuasakan pendaftaran wajib ke atas kenderaan asing yang masuk dari Singapura mulai 1 Oktober.



Hanya kenderaan yang didaftar dengan VEP dibenarkan masuk ke Malaysia apabila permit itu diperkenalkan, katanya. 



Pada 2 September, Menteri Pengangkutan Malaysia Encik Anthony Loke berkata kementeriannya masih melihat bagaimana ia boleh dilaksanakan di sempadan Malaysia bersama Thailand, Indonesia dan Brunei, lapor akhbar berbahasa Cina Malaysia, Sin Chew Daily.



Beliau menambah bahawa pihak berkuasa akan melaksanakan VEP di sempadan Malaysia bersama Singapura dan kementerian sudah bersedia mengenalkan permit berkenaan.



Skim VEP dijangka akan dilaksanakan dalam tiga tahap, bermula dengan di Koswe dan Lunk Kedua, kemudian sempadan Malaysia-Tahi, dan setelah itu sempadan Malaysia dan Brunei dan juga Malaysia dan Indonesia.



Kerajaan Malaysia tidak menyatakan bila VEP akan berkuatkuasa di sempadan yang lain.



Rancangan melaksanakan VEP di semua sempadan darat Malaysia telah ditangguh beberapa kali kerana pihak berkuasa Malaysia berkata mereka memerlukan masa untuk memperbaiki sistem. Ia telah berada dalam tahap ujian semenjak tahun lepas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >