Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki adakan dialog bincang kurikulum ITE

Mar 20, 2021 | 04:46 PM

MENTERI Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, baru-baru ini mengadakan dialog mengenai  rancangan menyelaraskan kurikulum ITE, demi  memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencapai Higher Nitec dalam jangka masa  lebih pendek.

Dalam sesi itu beliau yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata berasa gembira melihat pelajar, ibu bapa, kakitangan dan rakan industri lain menyambut baik perubahan itu.

“Pada masa yang sama, kami diingatkan bahawa adalah penting bagi sistem kita untuk memiliki fleksibiliti  untuk memenuhi keperluan pelajar dengan corak  dan kekuatan pembelajaran yang berbeza.
“Saya setuju. Ini adalah sesuatu yang sedang  dikaji dengan teliti oleh Kementerian Pendidikan (MOE), dan kami akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam beberapa bulan akan datang,” tulisnya dalam catatan di Facebook pada Sabtu (20 Mac).
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3