Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BAHAS BELANJAWAN

Maliki: Ajaran Bahasa Melayu perlu disesuaikan

Usaha para guru Melayu teroka cara-cara terbaru dialu-alukan
Mar 05, 2021 | 05:30 AM



PENYESUAIAN terhadap pengajaran Bahasa Melayu amat penting demi melestarikan bahasa ibunda tersebut bagi generasi pelajar baharu.



Ini perlu dilaksanakan memandangkan bilangan anak-anak yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah, semakin berkurangan.



Berucap dalam bahasa Melayu semasa bahas Belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE) di Parlimen kelmarin, Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman menekankan tentang pentingnya sistem pendidikan negara ini yang berasaskan dasar dwibahasa.



"Asas yang kukuh dalam Bahasa Ibunda kita akan membolehkan kita berurusan di rantau ini dengan lebih berkesan sambil terus berakarkan warisan kita," ujarnya.



Beliau mengalu-alukan usaha para guru Melayu dalam meneroka cara-cara terbaru untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Melayu.



Antaranya beliau menukil usaha yang dijalankan guru peneraju, Cikgu Zainaba Omar dari Sekolah Rendah Clementi yang memberikan tugas dunia sebenar kepada murid-muridnya.



Dalam pada itu, ibu bapa dan pihak masyarakat juga memainkan peranan penting dalam memperkukuh penggunaan Bahasa Melayu pelajar-pelajar di luar bilik darjah.



Dr Maliki menekankan bahawa MOE komited dalam menyokong usaha-usaha ini melalui Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Beliau memberi contoh bagaimana program utama MLLPC - Kem Perkasa Warisan, yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Rakyat dan MESRA, menyediakan peluang kepada murid-murid sekolah rendah mendalami pengetahuan mereka tentang budaya dan warisan Melayu melalui aktiviti-aktiviti amali.



"Sejak diperkenalkan pada 2018, Kem Perkasa Warisan telah melibatkan lebih 1,400 pelajar di 39 sekolah rendah dan menengah," kata Dr Maliki sambil menambah bahawa usaha sedemikian kini telah dilanjutkan ke pelajar posmenengah juga.



Sementara itu, semasa temu bual Dr Maliki bersama media Melayu semalam, beliau turut telah mengulas tentang Program Kemasukan Bersama (CEP) yang akan diperluas untuk merangkumi kelompok Seni, Media, Desain dan Sains bermula tahun akademik 2023.



Menurut Dr Maliki, melalui semakan yang sedang diterajuinya, ada penuntut yang memberi maklum balas bahawa pada usia 17 tahun, adalah terlalu awal untuk mereka memilih kursus apa yang ingin mereka ikuti.



Namun dengan adanya CEP, ia memberi mereka pendedahan yang lebih meluas pada tahun pertama semasa di politeknik bagi membantu pelajar membuat pilihan lebih baik dalam pemilihan jurusan di penghujung tahun pertama.



Selain itu, Dr Maliki turut menyentuh tentang peluasan Program Asas Politeknik (PFP) kepada lebih ramai pelajar, yang turut diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong, kelmarin.



Menurut Dr Maliki, dengan adanya Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) Penuh dilaksanakan di semua sekolah menengah menjelang 2024, ia boleh dijangkakan pelajar akan memiliki pelbagai kepelbagaian daripada segi kombinasi subjek dalam pelbagai tahap.



"Dengan adanya SBB dan ketiadaan sistem aliran, lebih ramai pelajar mampu mengambil subjek pada tahap yang lebih tinggi.



"Lantaran itu, kita perlu membuat persiapan agar memastikan mereka juga dapat meraih manfaat daripada program PFP ini," kata Dr Maliki lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >