Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki, AP sambut baik pencerahan Masagos, Shanmugam

Mar 24, 2021 | 09:11 PM



MASYARAKAT Melayu Islam setempat telah mendekati isu sensitif secara tenang dan teliti.



Ini adalah cara Singapura mendekati isu-isu sedemikian, menerusi dialog dan perundingan dengan masyarakat, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman.



Dr Maliki berkata demikian semasa menyertai dua lagi Anggota Parlimen Melayu/Islam Encik Zhulkarnain Abdul Rahim dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah yang mengulas mengenai proses yang diambil pemerintah berhubung isu pemakaian tudung semasa bertugas dalam kalangan jururawat setempat.



Semalam, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata pemerintah telah berbincang dengan sebahagian asatizah mengenai perkara itu sejak enam bulan lalu dan memerlukan lebih banyak masa untuk berunding sebelum mencapai keputusan yang sewajarnya.



Dr Maliki berkata isu pemakaian tudung turut dibincangkan secara menyeluruh dalam perbincangan tertutup yang melibatkan warga a Muslim dan bukan Muslim Singapura.



“Kami akur tidak harus mengetepikan keharmonian kaum dan agama sungguhpun mahu membolehkan unsur kepelbagaian dan sifat inklusif di tempat kerja, tambah beliau,” menulis di Facebook.



Mengalu-alukan pengumuman pemerintah itu, Encik Zhulkarnain berkata ia menunjukkan perundingan rapat antara asatizah dengan pemimpin Melayu/Islam telah berhasil dan pemerintah kini sedang mengkaji semula isu pemakaian tudung dalam kalangan jururawat Muslim.



Dr Wan Rizal pula berkata beliau yakin masyarakat Melayu/Islam menerima baik keputusan pemerintah tersebut. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >