Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Belia digalak tingkat inovasi, bina masyarakat lebih inklusif

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN belia digalakkan bersedia untuk dilatih dan dipertingkatkan kemahiran terutama sekali apabila mereka sudah bekerja supaya terus relevan dengan ekonomi masa depan.



Mereka juga harus berusaha untuk mempertingkatkan inovasi untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan masa depan yang lebih hijau.



Itulah diantara mesej utama yang ditekankan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman kepada golongan belia yang hadir dalam ucapan beliau di Seminar Pelajar Antarabangsa ITE-VTC yang ke-8.



Semasa majlis pembukaan seminar itu semalam, tetamu terhormat Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), berkata bahawa pandemik Covid-19 bukan sahaja menimbulkan gangguan dalam tempoh dua tahun yang lalu, tetapi ia juga memaksa semua untuk memikirkan semula secara asas bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik bagi masa depan yang lebih inklusif dan mampan.



"Kita mesti terus menggalakkan inovasi dan penggunaan teknologi untuk mengubah dan menyesuaikan diri dengan norma pasca Covid dengan pantas dan pada masa yang sama, kita mesti mereka bentuk semula pekerjaan untuk menghadapi cabaran jangka panjang untuk meningkatkan produktiviti tenaga kerja dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing," ujar beliau.



Beliau turut menekankan bahawa pekerjaan baru telah dijangkakan muncul, dan pekerjaan sedia ada perlu mempunyai amalan hijau dan ia akan menyebabkan permintaan yang tinggi untuk kemahiran yang berkaitan untuk mengemudi kerumitan peralihan hijau.



Acara dwitahunan itu, berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat dari semalam hingga hari ini, mengumpulkan sekitar 600 pelajar enam negara termasuk Singapura dan Hong Kong.



Seminar Pelajar Antarabangsa ITE-VTC itu dianjurkan bersama oleh ITE dan Majlis Latihan Vokasional (VTC), Hong Kong, dan ini merupakan kali pertama Seminar itu diadakan dalam format hibrid-maya sejak penubuhannya pada tahun 2007.



Para pelajar yang menyertai seminar itu membincangkan dan bertukar-tukar idea inovatif mengenai amalan inklusif dan inisiatif dan teknologi yang mampan untuk masa depan.



Bertemakan 'Dunia Pasca-Covid-19: Ke Arah Masa Depan yang Inklusif dan Mampan', ia mempunya tiga sub-tema mengenai: Inklusiviti, Membayangkan Semula dan Kemampanan.



Para pelajar dari ITE; VTC; Universiti Barat England, United Kingdom; Politeknik Singapura (SP); dan rakan kongsi Rangkaian Pendidikan Global (GEN) terdiri daripada Institut Box Hill, Australia; Institut Teknologi Alberta Selatan, Canada; dan Kolej Komuniti Kirkwood, Amerika Syarikat, akan membuat penyampaian mengenai tema-tema itu.



Pengerusi ITE, Encik Andrew Chong juga menekankan pentingnya untuk membina semula kehidupan pasca Covid-19 dengan lebih baik lagi.



"Membina kembali dengan lebih baik harus dilakukan dengan peralihan kepada amalan mampan untuk ekonomi dan negara yang lebih berdaya tahan dan ini termasuk dimensi utama untuk membina kembali keperluan dan menumpukan fokus kepada mengutamakan inklusiviti dan kesejahteraan semua," ujarnya.



Pada majlis pembukaan seminar itu semalam, Dr Maliki turut menyaksikan penandatanganan Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara ITE dan VTC untuk melanjutkan lagi kerjasama mereka untuk membangunkan program Diploma Teknikal mereka.



MOU ITE-VTC telah diperbaharui empat kali sejak ditandatangani pada kali pertama pada 17 November 1998 dan bertujuan untuk kerjasama dalam bidang Latihan dan Pendidikan Vokasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >