Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki bincang perkukuh jalinan, peluang ekonomi bersama pemimpin UAE

Feb 26, 2016 | 10:22 AM



CARA memperkukuh hubungan dan kerjasama dua hala serta peluang perniagaan bagi syarikat Singapura antara perkara yang dibincangkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam pertemuan beliau dengan para pemimpin Amiriah Arab Bersatu (UAE).


Dr Maliki mengadakan lawatan kerja tiga hari ke tiga bandar UAE - Abu Dhabi, Dubai dan Fujairah - dari 24 hingga 26 Februari.


Di Abu Dhabi, Dr Maliki bertemu Pengerusi Penguasa Ehwal Eksekutif Kerajaan Abu Dhabi dan Pengerusi Bersama Forum Bersama Abu Dhabi-Singapura, Encik Khaldoon Khalifa Al Mubarak.


Dalam pertemuan itu, mereka menegaskan hubungan hangat dan mesra antara Singapura dan UAE dan membincangkan cara mengukuhkan lagi kerjasama dua hala, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Khamis (25 Feb).


Di Fujairah, Dr Maliki melakukan kunjungan ke atas Raja Fujairah, Sheikh Hamad Mohammed Al Sharqi, dan dua pemimpin itu bersetuju untuk membina perkongsian kukuh demi faedah bersama dua negara.


Dr Maliki juga menjadi tamu jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerusi Jabatan Industri dan Ekonomi, Sheikh Saleh Mohammed Al Sharqi, dan dibawa dalam kereta beliau bagi satu lawatan meninjau projek-projek pembangunan utama negara itu.


Beliau juga diberi taklimat mengenai peluang ekonomi yang berpotensi untuk syarikat Singapura di Fujairah.


Di Dubai, Dr Maliki mengadakan pertemuan berasingan dengan Pengerusi Jawatankuasa Fiskal Agung yang juga Pengerusi Emirates Airlines dan Kumpulan, Sheikh Ahmed Saeed Al Maktoum, serta ahli perniagaan terkemuka dan kumpulan pemikir.


Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi serantau serta cara menangani ancaman ekstremisme.


Menurut MFA, Dr Maliki akan bertemu warga Singapura yang berpangkalan di UAE pada satu majlis minum petang pada Jumaat (26 Feb).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >