Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Covid-19 garis peri penting kerjasama antarabangsa, serantau

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



KRISIS Covid-19 telah menggariskan betapa pentingnya kerjasama serantau dan antarabangsa dengan harapan agar negara dapat sama-sama berusaha terhadap pertumbuhan yang lebih inklusif dan mampan.



Demikian menurut Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kelmarin.



Dalam ucapannya yang disampaikan semasa mesyuarat yang diadakan dalam talian itu, Dr Maliki berkata adalah perlu untuk memastikan rangkaian bekalan global kekal terbuka dan terhubung, termasuk dalam memastikan keselamatan makanan.



Menukil keadaan yang berlaku awal tahun ini di mana bekalan makanan terjejas akibat Covid-19, Dr Maliki menggesa agar Apec terus saling bekerjasama rapat dan memastikan perdagangan dapat diteruskan meski di dalam krisis demi mewujudkan rangkaian bekalan makanan yang berdaya tahan.



Selain itu, pendigitalan ekonomi perlu dipercepat tetapi dengan cara yang dapat memanfaatkan semua segmen masyarakat, kata Dr Maliki.



Beliau turut menambah, bahawa untuk ekonomi kembali pulih sepenuhnya, vaksin multilateralisme perlu dititikberatkan.



"Singapura menggalakkan agar kesemua ekonomi Apec menyokong vaksin multilateralisme yang adil dan boleh diakses secara saksama bagi diagnostik, terapeutik dan vaksin.



"Tiada yang selamat sehingga semua selamat," kata Dr Maliki.



Beliau turut menambah bahawa negara harus meneroka bagaimana untuk membuka semua sempadan dengan cara yang selamat dan tersusun demi mengembalikan keyakinan dan arus perjalanan manusia.



Dr Maliki memberi contoh bagaimana Singapura telah melaksanakan laluan hijau salingan bagi perjalanan perniagaan dan rasmi dengan beberapa ekonomi anggota Apec.



Yang terkini, kata Dr Maliki, ialah Singapura baru sahaja memuktamadkan perjalanan 'gelembung udara' pertama dengan Hong Kong/China.



Selain Dr Maliki, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing turut menghadiri mesyuarat dalam talian itu.



Dalam catatan Dr Maliki di Facebook, beliau juga memuji usaha pengerusi Apec2020, Malaysia dalam mengekalkan momentum bagi mesyuarat Apec menerusi platform dalam talian di tengah-tengah tahun yang sukar ini.



"Terdapat banyak yang boleh dilakukan bersama bagi ekonomi Apec untuk menangani krisis ini dengan harapan meraih pemulihan ekonomi yang cergas, inklusif dan mampan serta rantau yang lebih berdaya tahan terhadap kejutan masa depan," ujar Dr Maliki lagi.




“Terdapat banyak yang boleh dilakukan bersama bagi ekonomi Apec untuk menangani krisis ini dengan harapan meraih pemulihan ekonomi yang cergas, inklusif dan mampan serta rantau yang lebih berdaya tahan terhadap kejutan masa depan.”
– Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >