Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUBAHAN KEPIMPINAN 4G

Maliki: DPM Heng kekal menteri utama di GRC East Coast

Apr 10, 2021 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri Encik Heng Swee Keat kekal sebagai menteri utama di GRC East Coast serta ketua pasukan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman yang menyatakan bahawa pasukan itu akan terus meraih manfaat daripada kebijaksanaan dan bimbingan.



Menurut Dr Maliki, DPM Heng sering menjadi pemimpin inspirasi yang selain mendahulukan kepentingan Singapura.



"Pasukan GRC East Coast kekal komited kepada penjagaan para penduduk.



"Seperti yang dinyatakan DPM Heng semasa sidang media, "Pasukan saya dan saya kekal komited seperti sebelum ini untuk berkhidmat kepada mereka," ujar Dr Maliki.



Menulis di Facebooknya, Dr Maliki memberi jaminan bahawa tugasan mereka akan berterusan.



Pasukan juga akan terus memberi tumpuan dan dedikasi dalam membangunkan masyarakat yang penyayang, menghijau dan bertenaga bagi kesemua penduduk.



"Kami amat bersyukur setiap hari atas sokongan dan kepercayaan anda dan kami akan terus bekerja keras terhadap perkara yang menjadi keprihatinan bagi anda," kata Dr Maliki lagi.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada DPM Heng kerana mengongsi siri surat antara beliau dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong serta menghormati keputusan beliau.



Kelmarin DPM Heng telah mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai ketua 4G, untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang mempunyai masa lebih panjang memimpin negara selepas PM Lee bersara.



Faktor usia, dan tenaga serta masa yang banyak diperlukan jalankan tugas PM antara sebab beliau mengundurkan diri.



PM Lee juga telah pun terima dan menghormati keputusan DPM Heng.



Encik Heng bagaimanapun kekal sebagai DPM dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi tapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan.



Rombakan Kabinet akan dijalankan dalam masa dua minggu.



Pemilihan pemimpin 4G baru mengambil masa lebih beberapa bulan tapi tidak lebih dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >