Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Festival Muara wadah masyarakatkan seni tari

Nov 05, 2017 | 04:00 PM



PELBAGAI rentak tari tradisional menyemarakkan suasana di Teater Terbuka di Pesisiran Esplanade dengan berlangsungnya temasya tari serantau, Festival Muara 2017.



Temasya tiga hari itu dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, malam kelmarin.



Antara penyertaan luar negeri tahun ini termasuk kumpulan tari Aswara dari Malaysia, Sanggar Tari Argahari dari Jakarta dan Duta Kayong dari Sukadana, Kalimantan Barat, Indonesia.



Mereka disertai kumpulan tari Melayu yang aktif dalam Jawatankuasa Tarian Melayu Singapura untuk persembahan sebelah malam.



Lebih 40 kumpulan daripada sekolah-sekolah termasuk dari Malaysia dan 10 kumpulan amatur Singapura turut mengambil bahagian pada sebelah siang hari temasya anjuran kali ketujuh syarikat seni tanpa keuntungan, Era Dance Theatre (EDT).



Ditanya Berita Minggu mengenai festival itu, Dr Maliki berkata:



"Festival Muara berjaya menghimpunkan penggiat seni tari dari dalam dan luar negara untuk pertukaran idea dan pengalaman. (Pesta) Muara perlu dikekalkan bagi terus memasyarakatkan seni tari, bukan sahaja di Singapura, malah di nusantara kita juga.



"Saya dapati ramai yang hadir termasuk orang bukan Melayu dan pelancong luar negeri.



"Festival Muara adalah satu usaha baik yang harus dibanggakan, terutama sekali kejayaannya menonjolkan kemajuan tarian pada hari ini dan menarik minat lebih ramai anak muda kepada seni tari Melayu."



Menurut Pengarah Artistik EDT, Encik Osman Hamid, selain pementasan, festival itu juga menitik beratkan aspek perkongsian ilmu dan pendekatan kolaborasi.



Antara sesi perkongsian ilmu ialah bengkel zapin pimpinan aditari dari Indonesia, Tom Ibnur, yang berlangsung semalam. Lebih 60 peserta mengambil bahagian dalam bengkel yang mengenalkan pelbagai gerak dan rentak tarian zapin.



Hari ini bengkel tarian piring atau disebut tarian Pinggan pula akan dikendalikan oleh Jusnarso Darmanto, S.Pd. dari Duta Kayong, yang akan memberi panduan mengenai gerak dan keseimbangan untuk persembahan tarian piring (mulai 10 pagi).



Tarian Pinggan merupakan tarian yang biasa dipersembahkan kaum Dayak Sekudai sebagai menyambut tetamu daripada kalangan ketua-ketua kaum itu.



Orang ramai masih berpeluang menikmati pelbagai acara di Festival Muara yang berakhir hari ini.



Persembahan oleh sekolah-sekolah menengah dan posmenengah, penari berumur dan kumpulan amatur boleh disaksikan dari 3 hingga 5 petang.



Pada 6.45 petang dan 7.45 malam, persembahan 'Menjunjung Budi' iaitu demonstrasi asas tarian dan adat Melayu di Concourse Esplanade.



Persembahan oleh kumpulan serantau pula bermula 7.30 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >