Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Gabungan M³, MMO akan  bangun masyarakat gemilang

May 22, 2021 | 06:57 PM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata usaha gabungan antara pihak M³ dengan badan Melayu/Islam (MMO) akan membangunkan satu masyarakat Melayu/Islam yang gemilang.

Menulis di Facebooknya pada Sabtu (22 Mei), beliau memetik beberapa inisiatif yang diumumkan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sempena Perjumpaan Hari Raya Jumaat (21 Mei).

Ini seperti  Dana CLF buat MMO bagi  program bersama M³ @Bandar; Program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Agamawan untuk Asatizah; Program Tunas bagi lapisan pemimpin muda di bawah umur 45 tahun yang berjawatan tinggi di MMO; dan juga Persidangan Antarabangsa bagi masyarakat minoriti Islam sedunia. 

Selain itu, Dr Maliki  menyatakan sama seperti tahun lepas, Perjumpaan Hari Raya tahun ini diadakan secara dalam talian menerusi Zoom.

Ini sebagai langkah memastikan keselamatan masyarakat  terjaga. Namun, katanya, kemeriahan Hari Raya tetap terserlah walaupun di dalam talian. 

“Tahun lepas ini menunjukkan masyarakat kita berupaya mengatasi segala cabaran yang dihadapi.

“Semangat gotong-royong semasyarakat sangat ketara terutama sekali semasa mengharungi perjuangan Covid-19 melalui pelbagai kolaborasi dan kerjasama bersama agensi M³ dan rakan masyarakat  kita. Ramai  tampil  untuk menyumbang. 

“Saya amat teruja dengan semangat masyarakat Melayu kita dan saya yakin dengan usaha dan juga sokongan semua, masyarakat kita akan mara maju ke hadapan. 

“Saya ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri!” katanya juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >