MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, telah menyertai Mesyuarat Menteri (AMM) Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-33 pada Rabu dan Khamis (16-17 Nov).
Beliau menyertai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, dalam acara itu.
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), di AMM, Dr Maliki menyeru semua ekonomi Apec untuk mempelajari pengajaran daripada pandemik Covid-19 dan memastikan sistem disediakan untuk menangani pandemik masa depan dan meminimumkan gangguan kepada ketersambungan.
Beliau menekankan kepentingan mengambil pendekatan berasaskan sains dan data untuk membuat dasar-dasar, menerima transformasi digital, dan meningkatkan penyelarasan global dalam dasar kesihatan dengan meneruskan sokongan pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Singapura bersedia untuk bekerjasama dengan WHO dan Apec untuk mengukuhkan daya tahan kolektif terhadap risiko kesihatan global masa depan, katanya.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Maliki gesa anggota Apec ambil iktibar pandemik, usaha kurangkan gangguan
Nov 18, 2022 | 08:50 PM