Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Maliki: Iktiraf pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki: Iktiraf pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar

Dec 21, 2020 | 05:30 AM

ADALAH penting bagi pencapaian akademik dan bukan akademik pelajar diiktiraf agar mereka sedar bahawa usaha dan sumbangan mereka dihargai masyarakat.

Mengatakan demikian semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, menambah bahawa pengiktirafan sedemikian turut mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan para pelajar itu.

"Pengiktirafan harus diberikan kerana ia menunjukkan penghargaan masyarakat, institusi-institusi kita dan keyakinan yang kita ada terhadap para penuntut ini.

"Pertubuhan seperti 4PM (Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu) memainkan peranan penting kerana ia menunjukkan bahawa sebagai organisasi masyarakat, masyarakat juga mengiktiraf bukan sahaja kejayaan para penuntut ini tetapi sumbangan mereka dan potensi mereka untuk menyumbang secara langsung kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang," ujar beliau.

Dr Maliki hadir sebagai tetamu terhormat bagi majlis penyampaian Anugerah Bestari 4PM di HuBelia @ 4PM yang terletak di Bedok Reservoir Road semalam.

Anugerah tersebut yang disampaikan setiap tahun, bertujuan mengiktiraf dan merai 45 pelajar cemerlang Melayu/ Islam di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang telah mencapai keputusan akademik yang baik dan cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum (CCA).

Tahun ini, sebanyak 36 pelajar menerima Anugerah Bestari 4PM bagi kategori akademik; sembilan bagi kategori bukan akademik (Anugerah Kecemerlangan CCA Bestari 4PM); dan seorang pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Bestari 4PM.

Lima pelajar telah dicalonkan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Bestari 4PM tahun ini dan Encik Daniel Augusto Murlis, pelajar ITE Kolej Timur yang mengambil Higher Nitec dalam Kejuruteraan Elektrikal telah dipilih sebagai penerima anugerah tersebut.

Beliau telah menerima sijil, piala dan wang tunai $300.

"Saya rasa amat bersyukur dan berbesar hati dan saya harap saya dapat menjadi inspirasi kepada anak muda lain.

"(Anugerah) ini pun membuktikan bahawa orang Melayu pun boleh berjaya," kata Encik Daniel, 19 tahun.

Sementara itu, Dr Maliki berkata mengiktiraf para pelajar bukan sahaja bagi kejayaan mereka secara akademik tapi juga kejayaan mereka secara keseluruhannya memberi satu wadah bagi mereka untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain. Katanya:

"Di sini kita terus ingin... menunjukkan bahawa sebagai anak muda, mereka bukan sahaja memainkan peranan untuk menggilap potensi mereka tetapi juga untuk menyumbang kepada setiap lapisan masyarakat.

"Saya harap apabila mereka terus membesar dan menjadi lebih matang, mereka dapat memberi inspirasi kepada yang lain, menjadi pemimpin kepada yang lain supaya ini menjadi satu saluran di mana lebih ramai lagi anak-anak muda kita melihat bahawa sumbangan kepada masyarakat tidak terhad kepada orang dewasa sahaja tetapi bagi para belia juga."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3