Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: ITE perlu perkukuh hubungan dengan industri bagi persiap pelajar

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) akan terus memperkukuhkan hubungan industrinya untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dan membolehkan lulusan ITE untuk dilengkapi dengan kemahiran sedia bekerja agar bersiap menghadapi pekerjaan hari ini dan esok.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di majlis tamat pengajian ITE 2022 semalam, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata lulusan Nitec dan Nitec Tinggi boleh menantikan lebih banyak peluang peningkatan untuk memperdalamkan kemahiran mereka di masa akan datang.



Ini sedang ITE merancang menawarkan 1,000 tempat Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) setahun menjelang 2025, naik daripada sekitar 500 tempat tahun lalu.



Program itu telah berkembang dengan ketara, daripada empat program dan 109 pelatih pada 2018 ke 36 program merentas pelbagai sektor industri dengan lebih 1,500 pelatih hari ini.



"Kohort WSDip yang telah tamat pengajian telah menikmati hasil yang positif. Sebanyak 90 peratus lulusan kekal dalam industri yang sama dan menikmati purata kenaikan gaji 20 peratus selepas tamat pengajian," kata Dr Maliki yang meraikan pencapaian 14,179 pelajar dan penuntut dewasa daripada program sepenuh masa, sambilan serta latihan dan bekerja-belajar ITE di majlis semalam.



Dalam ucapannya, Dr Maliki juga menyebut tentang ITE sebagai tempat untuk lulusannya kembali bagi memenuhi keperluan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran mereka.



"Melalui kemahiran semula dan peningkatan kemahiran, kita akan dapat kekal relevan dan memastikan lulusan kita yang terlatih dengan baik dapat mengekalkan kelebihan daya saing dalam pasaran kerja global," katanya yang telah melihat ramai lulusan kembali ke ITE untuk meningkatkan kemahiran dan meraih set kemahiran baru untuk beralih ke kerjaya berbeza.



Dr Maliki turut menggalak lulusan ITE, yang ramai telah mengambil bahagian secara aktif dalam kegiatan perkhidmatan masyarakat ketika bergelar pelajar, agar meneruskan semangat menyumbang kembali kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian.



"Satu cara mudah yang boleh anda pertimbangkan untuk menyumbang kembali adalah dengan menyumbang kepada ITE sebagai alumni, melalui cara seperti pementoran atau menyediakan peluang untuk junior anda," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >