MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, telah melakukan kunjungan dua hari ke Gaborone, Botswana, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi pertama kali ke Afrika.
Dalam lawatan dari Isnin hingga kelmarin itu, Dr Maliki bertemu dengan Menteri Ehwal Presiden dan Pentadbiran Awam merangkap Pemangku Menteri Luar, Eric Molale, dan telah mengesahkan hubungan dua hala yang erat.