Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Maliki ke Indonesia hadiri temuan G20

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki ke Indonesia hadiri temuan G20

Sep 08, 2022 | 05:30 AM

MENTERI di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, membuat lawatan kerja ke Belitung, Indonesia, dari semalam hingga esok bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pembangunan G20.

Beliau ke sana atas undangan Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Indonesia, Encik Suharso Monoarfa.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Singapura diundang sebagai Konvenor Kumpulan Tadbir Urus Global, yang merangkumi 30 anggota bersaiz kecil dan sederhana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berusaha memudahkan dialog lebih luas antara G20 dan keanggotaan PBB yang lebih besar.

Mesyuarat G20 itu akan memberi tumpuan pada pengukuhan pemulihan dan membina daya tahan di negara membangun, serta menggalak mekanisme pembiayaan inovatif bagi pembangunan mampan.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari negara lain di luar mesyuarat G20 itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3