MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman kini berada di Brazil hingga lusa untuk menghadiri majlis perasmian Presiden Terpilih, Encik Luiz Inácio Lula da Silva.
Demikian dinyatakan Kementerian Ehwal Luar (MFA) salam satu kenyataan semalam.
Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan) ditemani pegawai dari MFA, kata kementerian itu.
Presiden dilantik Republik Persekutuan itu yang dikenali dengan nama Lula, 77 tahun, pernah memikul jawatan itu antara 2003 dengan 2010.