Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki lahir penghargaan kepada kakitangan ITE, politeknik

Nov 07, 2020 | 05:30 AM



MENTERI Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, semalam melahirkan penghargaan kepada kakitangan politeknik dan Institut Teknikal Pendidikan (ITE).



Dalam video yang dimuatnaikkan di Facebook, Dr Maliki berkata mereka telah membantu menyemai generasi akan datang bagi memperolehi kemahiran dunia sebenar yang boleh membantu mereka melangkah ke alam pekerjaan.



"Hari ini, kita menyambut Hari Penghargaan Kakitangan Poly-ITE yang julung-julung kali diadakan!



"Terima kasih kerana kerja keras dan dedikasi anda. Anda telah menyemai generasi akan datang untuk memperolehi kemahiran dunia sebenar yang boleh membantu mereka (pelajar) melangkah ke alam pekerjaan.



"Untuk mengiktiraf peranan penting anda dalam memimpin pelajar, politeknik dan ITE telah mengetepikan Jumaat pertama pada bulan November ini (untuk meraikan sumbangan anda)," kata Dr Maliki.



Beliau berkata kakitangan politeknik dan ITE yang merangkumi pensyarah, kaunselor dan juga pekerja pentadbiran telah gigih berusaha di belakang tabir bagi mengukuhkan sistem sekolah-sekolah ketika berdepan dengan pandemik Covid-19.



Beliau akui betapa susah bagi mereka menyesuaikan pembelajaran dari rumah (HBL) secara mendadak dan beliau memuji usaha mereka ini.



"Usaha anda adalah kunci untuk meneruskan pembelajaran IHL (Institut Pengajian Tinggi) dan kesejahteraan kampus itu," ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >