Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:30
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Maliki lancar acara memasak amal buat pelajar kurang mampu

Jul 09, 2019 | 05:30 AM

EDISI keempat Chefs For A Cause, acara memasak anjuran Project Happy Feet, diadakan di HUONE,Clarke Quay, kelmarin.

Acara tersebut bertujuan mengumpul derma bagi dana School Life Fund@South East.

Seramai 14 cef tempatan berhimpun di acara tersebut, yang turut disokong CDC South East, untuk memasak hidangan istimewa depan 230 orang.

Usaha itu menyokong keperluan pendidikan pelajar yang kurang bernasib baik dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, menurut kenyataan penganjur.

Acara dilancar Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC East Coast.

Berita Popular

"Kami gembira melancarkan School Life Fund@South East menerusi Chefs For A Cause, acara memasak yang menggabungkan penghasilan makanan lazat dan amal. Acara mampu menyatukan warga melalui cinta kepada makanan.

"Kami juga berharap usaha ini boleh berfungsi sebagai wadah mewujudkan kesedaran mengenai dana itu, di samping memberi inspirasi kepada masyarakat agar menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Saya percaya setiap kanak-kanak layak mendapatkan akses setanding pada pendidikan sepatutnya.

"Saya berterima kasih kepada cef yang memberi sokongan dan masa bagi menjayakan acara hari ini," ujar Dr Maliki.

Dana School Life Fund@South East turut membantu pelajar istimewa di sekolah khas. Di situ, mereka mempelajari kemahiran relevan demi menjalani tempoh pekerjaan pada masa depan.

Antara lain, dana membiayai barangan keperluan sekolah, wang saku, program akademik, latihan vokasional dan program pengayaan.

Acara tersebut, yang diadakan juga sempena ulang tahun ke-10 Project Happy Feet, berjaya mengumpul sebanyak $16,800.

Sebanyak 80 peratus daripada jumlah itu atau $13,440 akan disalurkan kepada dana School Life Fund@South East.

Ini sekali gus menjadikan cef terlibat sebagai kumpulan pertama yang menderma kepada dana tersebut.

Derma ke dana itu juga bertambah menjadi $26,880 hasil padanan dolar ke dolar oleh CDC South East.

Baki 20 peratus derma atau $3,360 akan disalurkan pula kepada This Life Cambodia bagi menyokong rancangan kemajuannya buat pelajar peringkat menengah rendah.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map