Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki lawat Bahrain, berucap di forum keselamatan

Nov 24, 2019 | 07:24 PM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman membuat lawatan ke Bahrain dan berucap di Dialog Manama ke-15 baru-baru ini. 



Dianjurkan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa (IISS), dialog tahunan dari 22 hingga 24 November itu merupakan forum keselamatan penting bagi pegawai pertahanan kanan, keselamatan dan ehwal luar dari seluruh dunia untuk membincangkan cabaran keselamatan di Timur Tengah dan selanjutnya. 



Sementara di Bahrain, Dr Maliki diundang sertai makan malam oleh Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa dan Setiausaha Hubungan Antarabangsa Kementerian Ehwal Luar Dr Abdullah Ahmed Al Khalifa. 



Selain pertemuan dengan pegawai Bahrain untuk mengesahkan hubungan dua hala yang baik antara Singapura dengan Bahrain, Dr Maliki juga telah berucap di sebuah sesi khas hari ini (24 November) tentang topik ‘Keselamatan Siber: Cabaran global dan serantau.’



Dalam ucapan tersebut beliau menyentuh landskap ancaman siber yang semakin berubah, serta menekankan perlunya tanggungjawab bersama dan wujudnya amalan siber yang diterima antarabangsa untuk mengatasi isu-isu mendatang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >