Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Lebih ramai relawan diperlukan sokong masyarakat Melayu/Islam

Feb 12, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai relawan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kumpulan formal dan tidak formal akan didekati dalam memperluas usaha menyokong masyarakat Melayu/Islam di sini.



Ini sedang rangka kerja M Kuasa Tiga (M³) memperkukuhkan lagi rangkaian relawan dan rakan masyarakat agar dapat menawarkan lebih banyak sokongan dalam pelbagai bidang.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata, kumpulan formal daripada golongan karyawan seperti penasihat kewangan atau pun ejen hartanah dan daripada kumpulan tidak formal seperti kumpulan motosikal akan turut didekati bagi memanfaatkan kepakaran dan sumber mereka demi membantu masyarakat di sini.



Menurutnya usaha membangunkan masyarakat bukan kerja pemerintah sahaja, namun adalah usaha gotong-royong seluruh masyarakat.



"Kami sedar bahawa masyarakat turut mempunyai banyak aset dari segi sumber relawan, keupayaan dan kemahiran.



"Ini memaparkan satu mesej bahawa kami ingin saling memberi sokongan, mempertingkat taraf masyarakat dan memajukannya lagi," tambahnya.



Beliau berkata demikian sewaktu Forum M³ di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura semalam.



Dr Maliki dalam ucapan pembukaan mendedahkan bahawa program memperkasa golongan rentan mempertingkat kedudukan sosioekonomi mereka, Projek Dian, turut akan diperluas.



Perincian usaha itu akan dibentangkan semasa Bahas Belanjawan akan datang.



Lebih 100,000 orang telah menerima manfaat daripada lebih 250 program dianjurkan 11 inisiatif Bandar@M³, melibatkan sekitar 700 relawan, kata Dr Maliki.



Namun banyak lagi masih perlu dilakukan dalam menyelesaikan isu-isu tertentu seperti menyokong dan mempertingkat taraf kehidupan keluarga berpendapatan rendah dengan anak kecil, isu kesihatan seperti gejala merokok, penyakit kronik dan kurang pengetahuan terhadap pemantauan kesihatan, sokongan bagi warga emas dan para penjaga dan menggalak wanita bekerja semula.



Para hadirin semalam telah membincangkan isu-isu seperti menarik orang muda menyertai kerja relawan, penggantian kepimpinan, serta bagaimana memperluas sokongan kepada golongan rentan.



Dr Maliki berkata beliau berharap agar setiap hadirin dapat menerima manfaat daripada forum itu dan teruskan usaha membangun masyarakat dan memberi inspirasi kepada orang lain menyertai bersama.



"Kerja relawan ini adalah satu usaha ikhlas demi kebaikan orang lain dan bukan diri sendiri, di mana setiap individu seperti anda, meluangkan masa dan tenaga untuk membantu orang lain dan membuat itu sebagai satu keutamaan.



"Ia adalah fardu kifayah kita," ujar Dr Maliki lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >