Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki mahu hidupkan semula jawatankuasa blok

Bagi bangkitkan kembali semangat kekampungan dengan jiran jadi barisan sokongan pertama buat penduduk
Sep 25, 2020 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, sedang dalam perancangan menghidupkan semula jawatankuasa blok bagi mendekati penduduk serta membantu merujuk mereka kepada saluran bantuan sekiranya perlu.



Tujuannya ialah membangkitkan kembali semangat kekampungan dengan jiran tetangga sebagai barisan sokongan pertama buat penduduk, jelas beliau, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) dan baru-baru ini dilantik sebagai penasihat bagi Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



"Kami sudah memulakan projek sedemikian di kawasan undi tertentu di mana kami melantik ketua yang ditugaskan mengenal semua keluarga dalam blok tersebut.



"Kalau ketua itu orang Melayu, saya harap beliau mengenali semua keluarga Melayu di blok tersebut.



"Ini yang akan saya ajukan kepada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), iaitu bagaimana dapat kita membangkitkan semula semangat kekampungan menerusi kegiatan MAEC dan apakah kita boleh menggalak setiap anggota MAEC mendekati masyarakat untuk mengenal semua penduduk mereka dan menjadi ahli jawatankuasa blok.



"Ini akan dibincangkan apabila kita mula mengorak langkah baru untuk MAEC," kata Dr Maliki dalam satu dialog maya bagi pemimpin masyarakat Melayu/Islam yang dianjurkan M Kuasa Tiga (M³) malam kelmarin.



Selain itu, beliau mahu melanjutkan peranan MAEC dalam mendekati masyarakat sebagai duta yang dapat menyampaikan mesej-mesej daripada pemerintah, supaya masyarakat dapat lebih memahami dan memanfaatkannya.



Dr Maliki menambah bahawa beliau juga ingin meneliti bagaimana Mesra dan MAEC dapat terus bergabung dengan Yayasan Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi mengukuhkan lagi M³, dalam usaha mendekati masyarakat melalui program yang dianjurkan.



Dialog tersebut yang terakir dalam siri tiga dialog yang antaranya bertujuan berkongsi idea dan pandangan mengenai isu yang dihadapi warga Singapura semasa pandemik Covid-19 ini.



Sekitar 180 peserta menyertai dialog tersebut, termasuk Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan AP GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.



Perkara lain yang turut dikemukakan peserta dialog itu termasuk isu kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan mental dan kerelevanan pengajian dalam bidang yang terjejas teruk oleh Covid-19.



Dr Maliki menekankan pentingnya orang ramai mula mengorak langkah dan merebut peluang hari ini supaya dapat bersedia bagi menghadapi suasana pasca-Covid-19 yang dijangka tahun depan.



Beliau telah menyenaraikan beberapa sektor yang masih memerlukan pekerja, seperti perubatan dan kewangan, dan menggalak mereka yang terjejas oleh krisis itu supaya menimbangkan melangkah ke sektor-sektor tersebut.



"Apabila kami melihat perangkaan, mereka yang menjalani latihan bagi sektor baru masih boleh diperbaiki.



"Jika kita lihat seseorang yang berusia 45 tahun, sudah selesa dengan pekerjaan dalam sesuatu sektor, apabila kita suruh beliau melangkah ke sekor baru, mungkin ada banyak cabaran atau halangan psikologikal yang mereka hadapi, seperti takut kerana sudah lama tidak ke kelas.



"Saya rasa ini adalah sesuatu yang harus kita cuba bantu mereka ketepikan atau hadapi. Ini supaya mereka dapat melihat bahawa peluang yang sedia ada boleh dimanfaatkan oleh mereka," katanya.




"Kami sudah memulakan projek sedemikian di kawasan undi tertentu di mana kami melantik ketua yang ditugaskan mengenal semua keluarga dalam blok tersebut. Kalau ketua itu orang Melayu, saya harap beliau mengenali semua keluarga Melayu di blok tersebut. Ini yang akan saya ajukan kepada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), iaitu bagaimana dapat kita membangkitkan semula semangat kekampungan menerusi kegiatan MAEC dan apakah kita boleh menggalak setiap anggota MAEC mendekati masyarakat untuk mengenal semua penduduk mereka dan menjadi ahli jawatankuasa blok."
- Dr Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) dan penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >