Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki, menteri Qatar sahkan hubungan 'amat baik' dua negara

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, menemui Timbalan Perdana Menteri Qatar, Dr Khalid Bin Mohamed Al Attiyah, dalam lawatannya ke Doha baru-baru ini.



Dr Maliki mengesahkan hubungan amat baik antara Qatar dan Singapura, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.



"Beliau melahirkan penghargaan terhadap sokongan kukuh Qatar bagi pengerahan Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi A330 (A330 MRTT) Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang membawa pelarian Afghan dari Pangkalan Udara Al-Udeid ke Pangkalan Udara Ramstein di Jerman," kata MFA.



Dr Maliki dan Dr Khalid, yang juga Menteri Negara bagi Ehwal Pertahanan, turut mengadakan perbincangan meluas tentang pembangunan serantau, menurut kenyataan itu lagi.



Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan, melawat Doha dari 27 Oktober hingga semalam.



Dalam lawatan itu, beliau juga mengadakan pertemuan berasingan bersama Menteri Kewangan, Encik Ali Bin Ahmed Al Kuwari; Menteri Pendidikan dan Pendidikan Lanjut, Cik Buthaina Bint Ali Al Jabr Al Nuaimi; dan Menteri Perniagaan dan Industri, Sheikh Mohammed Bin Hamad Bin Qassim Al Abdullah Al Thani.



"Mereka mengesahkan hubungan perdagangan dan pelaburan yang amat baik antara Singapura dan Qatar, dan bersetuju meluaskan kerjasama dalam bidang kepentingan sama," kata MFA.



Selain itu, Dr Maliki menemui penasihat keselamatan kepada Amir, Encik Mohammed Bin Ahmed Al Misnad.



Dalam pertemuan itu, dua pemimpin itu bertukar-tukar pandangan berterus terang mengenai perkembangan di Timur Tengah, kata MFA.



Dalam rangka lawatannya, Dr Maliki juga menemui Majlis Perniagaan Singapura di Qatar untuk membincangkan potensi bagi pertukaran perniagaan lebih besar antara Singapura dan Qatar.



Dr Maliki dijadual pulang ke Singapura semalam, setelah mengadakan lawatan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan Qatar dalam tempoh seminggu lalu.



Di UAE sebelum ini beliau menemui Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa, Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan, dan mengunjungi Pavilion Singapura di acara Expo Dubai.



Di Arab Saudi, beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Negara (Ehwal Luar) Arab Saudi, Encik Adel Al Jubeir.



Dalam pertemuan itu, mereka mengesahkan hubungan dua hala amat baik antara Singapura dan Arab Saudi, di samping bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di rantau itu, termasuk proses keamanan Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >