Maliki: Pemahaman sejarah boleh dijadi panduan masa depan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

BICENTENNIAL SINGAPURA

Maliki: Pemahaman sejarah boleh dijadi panduan masa depan

Apr 24, 2019 | 05:30 AM

SELEPAS ketibaan Sir Stamford Raffles pada 1819, terdapat beberapa kejadian yang boleh menjatuhkan Singapura.

Ketika itu, tentera Belanda boleh menyerang dan menghapuskan pulau ini sementara serangan lanun pula berupaya menghalang pedagang daripada berkunjung ke sini.

Malah apabila kuasa wap diperkenal, ini juga boleh menyebabkan kapal mengubah laluan mereka sehingga Singapura tidak lagi dianggap penting.

Semasa berucap di pembukaan sidang 'Singapura Before Raffles: Archaeology and the Seas, 400 BCE - 1600 CE' di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata:

"Pada setiap detik yang penting, Singapura boleh... digantikan dengan pelabuhan lain yang terletak antara Jakarta dengan Pulau Pinang atau Aceh."

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Namun, ini tidak berlaku dan sebabnya tidak boleh dikatakan kerana kebijaksanaan satu orang tetapi kumpulan orang.

Merujuk kepada empat patung baru - Sang Nila Utama, Munshi Abdullah, Tan Tock Seng dan Naraina Pillai - yang kini berdiri dekat Sungai Singapura bersebelahan patung ikon Sir Stamford Raffles, Dr Maliki berkata patung itu melambangkan pendatang awal yang tiba pada tahun yang sama dengan Raffles.

Mereka telah sama-sama menyumbang kepada kejayaan Singapura.

Tambahnya, terdapat pengajaran yang boleh diraih daripada sejarah yang boleh menjadi panduan bagi masa akan datang.

"Rangka kerja dan rangkaian lama kini menghadapi tekanan dan idea baru diperlukan bagi menjadikannya lebih cekap dan memastikan ia dapat terus dimanfaat.

"Ini merupakan satu contoh di mana pemahaman sejarah yang lebih baik boleh membantu masyarakat sekarang berdiri teguh dengan apa yang mereka yakinkan apabila berdepan dengan kritikan negatif selain memikirkan bagaimana untuk terus menghidupkan nilai yang membuat 'Laluan Sutera' laut mampu bertahan selama 2,000 tahun," kata Dr Maliki yang juga anggota Jawatankuasa Pemandu Menteri Bicentennial Singapura.

Sidang 'Singapura Before Raffles: Archaeology and the Seas, 400 BCE - 1600 CE' itu dianjurkan Jabatan Pengajian Asia Tenggara Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) NUS dan disokong Lembaga Warisan Negara (NHB), sempena Bicentennial Singapura.

Ini merupakan kali kedua sidang saintifik tentang pelabuhan purba diadakan di Singapura. Kali pertama ia diadakan adalah pada 2004.

Sidang itu dihadiri sekitar 180 orang termasuk penggubal dasar dan ahli akademik.

Penceramah yang diketengahkan dalam sidang dua hari itu antara lain bercakap tentang ekonomi, teknologi dan konteks sosial perdagangan maritim awal Asia Tenggara serta asal usul dan perkembangan rangkaian maritim di Laut China Selatan dan Teluk Benggala.

Dr Maliki turut berkata beliau berharap lebih ramai orang akan rasa terdorong memahami sejarah dan mengetengahkan pandangan baru bagi membolehkan Singapura bertekad meraih masa depan yang mampu mengukuhkan identitinya sebagai satu rakyat.

Penganjur sidang itu, Profesor John Miksic, yang juga seorang ahli arkeologi, berkata sidang itu dianjurkan tepat pada masanya sempena Bicentennial Singapura.

Menurutnya, sidang itu antara lain menunjukkan bahawa Singapura mampu berjaya dahulu kerana orang-orang yang yakin mereka boleh berjaya.

"Singapura menggalak kebebasan untuk berdagang dan penyejagatan ketika itu dan itulah yang diingini penduduk yang tinggal di situ dan sekitar Asia Tenggara ketika itu.

"Ini menunjukkan bahawa dengan orang dan dasar yang baik, Singapura mampu terus stabil dan memainkan peranan ini walaupun (negara ini) tidak besar dari segi saiz, jumlah penduduk mahupun sumber," kata Dr Miksic.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map