Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Penting pastikan rantaian bekalan sejagat kekal terbuka

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



DENGAN kemajuan positif dalam pembangunan vaksin Covid-19, terdapat keperluan segera bagi negara-negara bekerjasama untuk memulakan semula ketersambungan udara dan maritim, kata Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap di majlis mesyuarat menteri Persatuan Lingkungan Lautan Hindi (Iora) Ke-20 yang diadakan dalam talian kelmarin, Dr Maliki menekankan kepentingan bagi negara untuk terus menyokong usaha berbilang hala, di tengah-tengah situasi pandemik ini.



Sebagai contoh, beliau berkata Kemudahan Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang disertai lebih 150 negara seluruh dunia akan memastikan akses yang adil dan saksama kepada vaksin tersebut.



"Singapura merupakan penyokong awal inisiatif ini dan kami menggalak lebih banyak negara menyertai usaha ini. Sebagai sebuah masyarakat antarabangsa, kami juga telah meraih banyak pengajaran daripada Covid-19, termasuk bagaimana kita boleh lebih bersedia bagi pandemik seterusnya.



"Bersama, kita boleh memanfaatkan pengalaman bersama dan berusaha ke arah ekonomi sejagat yang selamat, berjaya dan kukuh," kata beliau.



Dengan bekalan makanan dan perubatan di seluruh dunia terjejas selepas operasi di beberapa pelabuhan dan lapangan terbang terpaksa dihentikan akibat pandemik itu, Dr Maliki turut menekankan kepentingan memastikan rantaian bekalan sejagat kekal terbuka dan usaha membina kepercayaan bersama.



Beliau menambah bahawa digitalisasi juga telah membolehkan negara mengakses pasaran baru di luar sempadan fizikal, dengan bidang pertumbuhan baru itu akan memacu inovasi dan memperkukuh rantaian bekalan dalam tahun-tahun mendatang.



Semasa mesyuarat itu, Dr Maliki turut mengumumkan bahawa Singapura sedang merancang untuk mengadakan kursus pembangunan keupayaan dalam talian yang kedua bagi Sekretariat dan negara anggota IORA mengenai pengurusan projek pada tahun depan.



"Dengan penyelarasan keutamaan dan komitmen, saya optimis bahawa kita boleh keluar daripada pandemik ini ke masa depan yang lebih cerah dan berdaya tahan bagi rakyat kita dan bagi dunia," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >