Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki pererat hubungan dengan rakan dari M'sia, Indo dan Brunei

May 17, 2021 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri dengan berhubungan melalui telefon video bersama rakan sejawatannya dari negara-negara jiran - Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin, dan Mayor Batam Encik Muhammad Rudi.



Selain itu, Dr Maliki juga telah berhubung dengan rakan lamanya - Pehin Isa Ibrahim; Pehin Halbi Yussof; Pehin Badaruddin Othman; Pehin Abdul Aziz Juned; Dato Amin Liew, Dato Erywan Yusof, dan Dato Hamzah Sulaiman dari Brunei pada Jumaat lalu.



Ini memandangkan Brunei menyambut 1 Syawal pada Jumaat lalu.



Dalam catatannya di Facebook semalam, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar, berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika pandemik Covid-19 ini bermakna kita harus mengurangkan interaksi sosial secara fizikal.



"Walaupun begitu, saya gembira dapat terus berhubungan dengan rakan-rakan di negara jiran dan saya harap kita dapat meneruskan berinteraksi bersemuka apabila keadaan pandemik Covid-19 bertambah baik nanti.



"Saya percaya kita semua akan muncul lebih kuat dari cabaran ini bersama," tambahnya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >