Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki perjelas sebab bantuan kewangan, anugerah Edusave MOE hanya bagi pelajar sekolah nasional

Mar 02, 2023 | 05:30 AM

IBU bapa sedia maklum dan lantas membuat pilihan termaklum apabila mereka memutuskan memasukkan anak mereka ke sekolah swasta seperti madrasah dan bukan sekolah nasional, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) di Parlimen pada Rabu mengenai apakah skim bantuan kewangan dan anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) dapat diperluas kepada pelajar madrasah.

Skim dan anugerah itu diberi kepada pelajar warga Singapura yang menuntut di sekolah nasional.

Pelajar di sekolah swasta, termasuk madrasah, tidak layak menerima skim bantuan kewangan MOE dan anugerah EduSave.

Semua pelajar warga Singapura, berusia tujuh hingga 16 tahun, menerima sumbangan EduSave setiap tahun untuk penggunaan pendidikan mereka.

Dalam jawapannya Dr Maliki berkata:

"Ini mencerminkan keutamaan kami agar semua warga Singapura mendaftar di sekolah nasional, untuk melalui pengalaman pendidikan sama supaya dapat membina identiti nasional dan perpaduan sosial.

"Ibu bapa sedia maklum dan dengan itu membuat pilihan yang termaklum apabila mereka memutuskan untuk mendaftar anak-anak mereka di sekolah swasta dan bukannya sekolah nasional."

Bagaimanapun, Dr Maliki menambah bahawa pemerintah mengiktiraf peranan madrasah dalam masyarakat.

Pelajar madrasah boleh mendapatkan bantuan kewangan dan anugerah alternatif yang disediakan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kata beliau.

Memberi contoh, Dr Maliki berkata Muis membantu pelajar madrasah daripada keluarga pendapatan rendah melalui Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas), dan menyampaikan Anugerah Pelajar Madrasah bagi mengiktraf kemerlangan dan kemajuan akademik pelajar madrasah.

- ZULAIQAH ABDUL RAHIM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3