Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki rancang kongsi lebih banyak usaha M³ di Parlimen

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata beliau akan berkongsi lebih banyak usaha di bawah rangkaian M³@Bandar untuk mendekati lebih ramai keluarga dan kanak-kanak dalam Perbahasan Jawatankusa Perbekalan (COS) di Parlimen, lewat bulan ini.



Dr Maliki turut melahirkan rasa besar hati dengan sumbangan dan peranan dimainkan oleh lebih ramai karyawan muda dalam menyumbang tenaga sebagai sukarelawan M³.



Menjelaskan lebih lanjut dalam satu catatan Facebook baru-baru ini, Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) berkata:



"Dalam COS yang akan datang, saya akan berkongsi lebih lanjut bagaimana M³ dapat meningkatkan usaha menjangkaui dan mendekati keluarga-keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan."



Berkongsi pemerhatian sejauh ini, Dr Maliki berkata ramai karyawan, pemimpin masyarakat dan belia telah tampil ke hadapan untuk membantu dan mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu/Islam, sejak pembentukan rangkaian M³@Bandar pada 2018.



"Saya teruja dapat bertemu dengan para relawan dan pegawai dari beberapa M³@Bandar baru-baru ini.



"Mereka berkongsi harapan mereka untuk masyarakat kita dan mengetengahkan beberapa isu yang sedang membelenggu fikiran para penduduk kita.



"Sesi-sesi ini penting kerana ia memberikan kita peluang untuk mempertingkatkan usaha kita dan memastikan para penduduk mendapatkan akses kepada perkhidmatan dan bantuan yang mereka memerlukan," ujar beliau.



Lantaran itu, Dr Maliki mengajak para karyawan dan anggota masyarakat am turut sama tampil ke hadapan dan berganding bahu bersama M³ untuk meningkatkan prestasi masyarakat Melayu/Islam.



Beliau juga memuji usaha yang dijalankan oleh Majlis Jawatankusa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Mendaki Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta badan-badan Melayu/Islam yang telah menyingsing lengan untuk mendekati masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >