Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Sejarah ingatkan warga nilai yang dikongsi sama

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SEJARAH membolehkan orang ramai memahami bagaimana Singapura berubah dari masa ke masa dan mengingatkan masyarakat setempat terhadap pengalaman dan nilai yang dikongsi bersama dalam pembentukan negara ini tidak kira latar belakang mereka, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap semasa upacara pembukaan rasmi muzium Reflections at Bukit Chandu (RBC) yang baru dinaik taraf dan dibuka kepada orang ramai hari ini, Dr Maliki menggalak agar generasi warga Singapura pada masa depan untuk terus mempelajari sejarah, lebih-lebih lagi dalam zaman yang pesat berkembang dan semakin global.



"Kita perlu terus mengukuhkan diri kepada identiti dan nilai yang dikongsi sebagai sebuah negara," kata Dr Maliki lagi.



Beliau menambah sejarah turut memainkan dua peranan - sebagai satu seruan bagi memberikan harapan dan sebagai kisah yang seolah memberi peringatan dan amaran.



"Kisah-kisah yang diceritakan di Reflections at Bukit Chandu mengingatkan kita bahawa seluruh masyarakat (di sini) memainkan peranan dalam mempertahankan Singapura.



"Cerita-cerita ini menggalak kita untuk terus mempunyai keyakinan terhadap masa depan Singapura, dan sedar bahawa apa yang kami punyai sekarang harus dipertahankan serta mengajak kita berusaha untuk membina sebuah dunia yang lebih baik," kata Dr Maliki lagi.



Muzium RBC terletak di 31-K Pepys Road di Taman Kent Ridge dekat Titik 226, satu kawasan strategik dalam Perang Dunia Kedua.



Ia juga tempat pertempuran terakhir bagi askar-askar Rejimen Melayu yang dipimpin wira perang Leftenan Adnan Saidi sebelum mereka ditewaskan tentera Jepun.



Muzium itu dibuka kepada orang ramai buat pertama kali pada 2002 dan kemudian ditutup pada 2018 untuk kerja-kerja pembaharuan.



Selain menceritakan sejarah Rejimen Melayu, ia juga menyentuh tentang sejarah bangunan muzium itu serta masyarakat yang hidup di kawasan Pasir Panjang dahulu.



Upacara pembukaan itu yang diadakan secara siaran langsung di laman Facebook dan YouTube turut mengundang penulis, penggubah lagu dan pemuisi, Aqmal N, (Noorhaqmal Mohamed Noor) yang telah menulis puisi, Tanah Sang Perwira sebagai satu penghargaan kepada askar-askar rejimen Melayu yang tewas semasa pertempuran Pasir Panjang.



Selain beliau, mantan Setiausaha Parlimen Kanan bagi Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Encik Yatiman Yusof yang terlibat dalam pembaharuan pameran di muzium itu turut hadir dalam upacara pembukaan itu.



"Singapura tidak diserahkan kepada kita dengan mudah. Dan pada satu titik masa kita telah mempertahankan tanah ini dengan nyawa, darah dan tangisan air mata."



"Inilah inti pati muzium ini dan kita tidak pula inginkan masyarakat kita bersikap umpama bila rumah terbakar tikus habis lari.



"Kami ingin menunjukkan bahawa adanya kejadian yang mana kewujudan kami diancam dan sejarah ini perlu didepankan kepada generasi depan," kata Encik Yatiman lagi.



Muzium RBC dibuka kepada orang ramai hari ini dengan beberapa program yang turut dirancangkan pada hujung minggu ini untuk menyambut ulang tahun tamatnya pendudukan Jepun di Singapura pada 12 September 1945.



Masuk percuma bagi warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.




"Kisah-kisah yang diceritakan di Reflections at Bukit Chandu mengingatkan kita bahawa seluruh masyarakat (di sini) memainkan peranan dalam mempertahankan Singapura.

Cerita-cerita ini menggalak kita untuk terus mempunyai keyakinan terhadap masa depan Singapura, dan sedar bahawa apa yang kami punyai sekarang harus dipertahankan serta mengajak kita berusaha untuk membina sebuah dunia yang lebih baik."

- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >