Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: S'pura sokong pembangunan Timor Leste

Aug 31, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Timor Leste mempunyai hubungan dua hala yang sudah lama dijalin, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook beliau semalam di tengah-tengah lawatannya ke Timor Leste.



Beliau ke sana untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-20 Perundingan Popular negara itu.



Acara tersebut bertujuan memperingati referendum anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 30 Ogos 1999 sehingga Timor Leste mencapai kemerdekaan pada Mei 2002.



"(Singapura) merupakan antara negara pertama yang menyumbang kepada pasukan menjaga keamanan di Timor Leste di bawah Pasukan Antarabangsa Timor Timur (Interfet) pada 1999.



"Tentera Darat Singapura menyumbang lebih 1,000 pegawai termasuk pasukan perubatan dan penjaga keamanan kombat.



"Pasukan Polis Singapura juga menyumbang pegawainya sebagai sebahagian daripada kontinjen polis awam PBB dan bantu membentuk Khidmat Polis Timor Timur," kata Dr Maliki yang tiba di Dili, Timor-Leste semalam.



Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, beliau telah menghadiri majlis jamuan malam anjuran Presiden Francisco Guterres Lú-Olo, majlis jamuan tengah hari anjuran Perdana Menteri Taur Matan Ruak dan sidang pleno di Parlimen Nasional.



Beliau juga telah bertemu dengan Encik Taur Matan Ruak dan Menteri Ehwal dan Kerjasama Asing, Encik Dionísio Babo Soares, secara berasingan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



Beliau turut menghadiri upacara rasmi ulang tahun ke-20 Perundingan Popular itu semalam.



Dr Maliki juga dijadual bertemu Menteri Pertahanan negara itu, Encik Filomeno da Paixão de Jesus, hari ini sebelum berangkat pulang ke tanah air.



Dr Maliki mengucapkan tahniah kepada pemimpin Timor Leste atas kemajuan yang telah diraih negara itu sejak mencapai kemerdekaan pada 2002.



Beliau turut menyampaikan sokongan berterusan Singapura bagi pembangunan Timor Leste.



Singapura dan Timor Leste mengesahkan lagi hubungan baik yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara itu, malah sebelum Timor Leste merdeka lagi.



Singapura dan Timor Leste turut menarik perhatian aliran perdagangan dan pelaburan yang baik antara kedua-dua negara.



Dalam pada itu, Dr Maliki turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pegawai pemerintah Timor Leste dalam kursus yang bertujuan membangunkan keupayaan di bawah Program Kerjasama Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >