PANGLIMA Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF), Jeneral Datuk Seri Haji Roslan Saad, telah menemui Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman di Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi semalam.
Awal sebelum itu, Jeneral Datuk Seri Haji Roslan yang berada di Singapura bagi lawatan perpisahan selama dua hari sejak Khamis lalu juga telah bertemu dengan Panglima Angkatan Tentera (CDF) Singapura, Leftenan-Jeneral (LG) Perry Lim dan Panglima Tentera Udara Mejar-Jeneral Mervyn Tan selepas memeriksa Kawalan Kehormatan.