Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Maliki: Terus teroka guna teknologi secara selamat sedang kaunseling fizikal disambung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Maliki: Terus teroka guna teknologi secara selamat sedang kaunseling fizikal disambung

Jun 19, 2022 | 05:30 AM

USAHA mesti diteruskan untuk meneroka cara menggunakan teknologi dalam kaunseling dengan selamat dan bertanggungjawab, sedang sesi kaunseling secara fizikal kini boleh diadakan semula, kata Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Kaunselor juga harus belajar cara terus menyesuaikan diri mereka pada norma sosial dan konteks yang berubah dalam masyarakat.

Dr Maliki berkata terdapat penyelidikan dan pembangunan baik mengenai cara aplikasi persidangan video dan sembang dalam talian seperti WhatsApp boleh digunakan bagi mempertingkat dan melengkapi amalan kaunseling semasa.

Malah, alat sedemikian, yang mudah diakses dan membolehkan identiti individu tidak didedahkan, mengurangkan hambatan bagi individu mendapatkan sokongan kaunseling awal dan perkhidmatan asas.

Bagaimanapun, ada batasan kerana aplikasi sedemikian platform mesej pendek manakala kaunseling memerlukan luahan perasaan dan keprihatinan terperinci yang dinyatakan dalam konteks dan pengalaman relevan, kata Dr Maliki.

"Isyarat bukan lisan, seperti nada suara dan bahasa badan, kurang dan ini boleh mengehadkan keupayaan kaunselor dalam talian berempati dan membina hubungan dalam kaunseling.

"Dalam kaunseling, kami tahu apa yang tidak dikatakan boleh jadi sama pentingnya dengan apa yang dikatakan. Terdapat juga kerumitan etika perkhidmatan seperti kaunseling dalam talian, seperti konsultasi telekesihatan, contohnya privasi klien, keselamatan dan pengurusan risiko," kata beliau.

Dr Maliki berkata demikian semalam ketika berucap semasa satu webinar yang membincangkan tentang penggunaan teknologi kreatif dan beretika dalam memenuhi keperluan psikososial berlainan dalam dunia pasca--Covid.

Acara itu dianjurkan sempena ulang tahun ke-12 program Sarjana Kaunseling Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) tahun ini.

SUSS merancang membangunkan kursus mengenai telekesihatan dan kaunseling dalam talian bagi peserta meraih pengetahuan tentang alat dalam talian yang ada dan cara menguruskan kerumitan berkaitan yang boleh timbul, tambah Dr Maliki.

Beliau juga berkata selain melatih kaunselor memanfaatkan teknologi, kaunselor mesti belajar cara terus menyesuaikan diri pada norma sosial dan konteks yang berubah dalam masyarakat.

Meskipun kebanyakan model kaunseling dan rawatan yang sebahagian besarnya berdasarkan teori dan dapatan Barat sah diguna di Singapura, penting bagi ahli akademik dan pengamal kaunseling sedar tentang situasi model tersebut mungkin tidak relevan dan berusaha membangunkan model sendiri.

"Contohnya, terdapat perbezaan budaya dalam cara kesihatan mental dilihat dan model intervensi perlu relevan dengan konteks budaya.

"Juga, konsep barat tentang terapi perkahwinan dan keluarga mungkin asing bagi sesetengah budaya disebabkan pandangan dunia yang berbeza," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3