Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki ulangi permintaan agar Saudi tambah kuota haji Singapura

Feb 24, 2016 | 03:39 PM



MENTERI Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, telah mengulangi permintaan Singapura kepada Arab Saudi agar kuota bagi jemaah haji negara ini ditambah sejejar dengan pertumbuhan penduduk Islam di sini.


Beliau mengulang permintaan tersebut semasa menemui para pemimpin Arab Saudi dalam lawatan kerja dua hari ke negara itu, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (23 Feb).


Pada Isnin (22 Feb), Dr Maliki melakukan kunjungan ke atas Gabenur Riyadh, Puteri Faisal Bandar dan menemui secara berasingan Menteri Negara bagi Ehwal Luar, Encik Nizar Obaid Madani.


Mereka mengesahkan semula hubungan baik antara Singapura dan Arab Saudi serta membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dua hala menjelang ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada 2017.


MFA berkata dalam pertemuan itu, Dr Maliki juga "mengulangi permintaan Singapura agar ditambah kuota haji kita sejajar dengan pertumbuhan warga Muslim Singapura".


Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menulis surat kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz, merayu agar kuota haji rasmi Singapura ditambah daripada 680 kepada 800 orang.


Surat itu disampaikan kepada seorang menteri Arab oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semasa beliau melawat Arab Saudi awal bulan ini.


Menurut MFA lagi, Dr Maliki juga mengambil kesempatan makan malam bersama beberapa warga Singapura yang berpangkalan di Riyadh.


Selain itu, beliau mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Rendah di Kementerian Kewangan, Encik Sulaiman Al Turki, dan Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Encik Abdul Latif Rashid Al Zayani.


Kedua-dua pihak bersetuju mengenai kepentingan meningkatkan kerjasama ekonomi, dan mengesahkan komitmen mereka memastikan pelaksanaan penuh Perjanjian Perdagangan Bebas GCC-Singapura.


Pada 23 Feb, Dr Maliki melakukan kunjungan ke atas Menteri Hal Ehwal Islam, Encik Saleh Abdulaziz Al Sheikh, di mana beliau membincangkan cabaran menangani pelampau radikal, terutamanya dalam kalangan belia.


Beliau juga bertemu Pengarah Penyelidikan di Pusat Penyelidikan dan Pengajian Islam King Faisal, Dr Saud Al Sarhan, bagi membincangkan perkembangan di Timur Tengah.


Dr Maliki akan meninggalkan Riyadh bagi melakukan lawatan ke Abu Dhabi, Dubai dan Fujairah, di Amiriah Arab Bersatu, dari 24 hingga 26 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >