Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEDUTAN UCAPAN MENTERI NEGARA KANAN (PERTAHANAN MERANGKAP EHWAL LUAR), DR MOHAMAD MALIKI OSMAN DI MAJLIS PELANCARAN WISMA GEYLANG SERAI SABTU LALU

Maliki: Wisma Geylang Serai nadi masyarakat Melayu S'pura

Jan 29, 2019 | 05:30 AM



Wisma Geylang Serai (WGS) dilancar secara rasmi dalam acara gah yang berlangsung selama tiga hari yang memaparkan pelbagai acara dan aktiviti termasuk persembahan serta reruai yang menawarkan pelbagai aktiviti.Ini temasuk majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu lalu. BERITA HARIAN membawa anda sekeliling acara sambutan tersebut di halaman ini dan di halaman sebelah.



SIREH dijunjung, si sireh dara

Iringan segak, songket teruna

Wisma Geylang Serai tumpuan semua

Pembuka tirai persada budaya



Malam ini merupakan satu lagi titik bersejarah bagi masyarakat Melayu/Islam khususnya dan negara Singapura amnya.



Sebentar lagi, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong akan merasmikan bangunan baru ini - Wisma Geylang Serai - yang telah dibina untuk memenuhi aspirasi masyarakat dan negara.



Malam ini, kita bukan saja boleh merasa bangga atas terbinanya sebuah bangunan budaya dan warisan yang serba indah dan moden, tetapi meraikan proses yang telah menarik penyertaan ramai anggota masyarakat Melayu dan bukan Melayu.



Sejak diumumkan PM Lee di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2011, kita telah melibatkan orang ramai menerusi berbagai wadah seperti peraduan menamakan bangunan ini yang menarik 400 penyertaan; peraduan mereka bentuk bangunan yang menarik 50 penyertaan firma seni bina; projek "Mengingati Geylang Serai", satu kerjasama antara Madrasah Al Ma'arif Al-Islamiah dengan Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang; orang ramai juga memberi maklum balas serta cadangan menerusi berbagai sesi Perbincangan Kumpulan Fokus.



Logo WGS juga dipilih oleh anggota masyarakat kita sendiri.



Lebih 5,000 orang telah menyertai proses pemilihan 'online' yang kita anjurkan.



Hasilnya, bangunan yang akan kita rasmikan malam ini dengan visi ia akan menjadi sebuah pusat sivik dan budaya tersendiri dan inklusif, yang meraikan warisan Geylang Serai serta memberi khidmat kepada semua rakyat Singapura.



Kita juga berharap WGS akan juga menjadi nadi masyarakat Melayu yang terus berdenyut kuat dan memberi nafas segar agar warisan kita terus mekar dan bersemarak.



Wawasan ini akan dapat dicapai hanya dengan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat.



Geylang Serai memang merupakan sebahagian daripada fabrik Singapura, mencerminkan warisan masyarakat Melayu yang berinteraksi dengan masyarakat lain.



Kini, kami masih memelihara nilai ini.



Faktor utama di sebalik konsep WGS adalah bagi memastikan kerelevenan dan kemampanan sementara menyesuaikan diri terhadap keperluan masyarakat.



Matlamat kami adalah membangunkan dan melahirkan program tradisional dan juga khusus yang mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat Melayu/Islam dengan anggota masyarakat lain.



WGS akan menjadi pentas utama untuk menyediakan pelbagai khidmat, program dan juga aktiviti yang berasaskan masyarakat serta kemudahan bagi setiap segmen masyarakat.



Sejak WGS memulakan operasi Mei tahun lalu, kita telah banyak menganjurkan acara dan aktiviti yang menarik lebih 70,000 pengunjung pelbagai usia dan latar belakang.



Kami mencipta bersama program inovatif dengan rakan kongsi seni masyarakat seperti "Mega Puteri" - peraduan dikir barat wanita pertama untuk meluaskan jangkauan seni, yang secara tradisional dikuasai oleh lelaki, kepada golongan wanita juga.



Kami turut menganjurkan Bazar Hari Raya kami yang pertama, lengkap dengan pelbagai gerai, laluan pejalan kaki yang lebar, tempat makan yang selesa serta persembahan budaya, termasuk Asean Street sempena meraikan peranan Singapura sebagai tuan rumah kepada Asean tahun lalu.



Buat julung-julung kalinya kami juga telah menganjurkan 'Ketupat-thon' Amal, di mana anggota masyarakat berkumpul bersama untuk menganyam ketupat dan mengumpul dana untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan supaya mereka juga dapat menyambut Hari Raya.



Dalam bidang budaya pula, kami telah melancarkan Bulan Bahasa dan mementaskan Gentarasa yang menyediakan wadah bagi kumpulan persembahan Melayu di Kelab Masyarakat (CC) bagi memaparkan bakat mereka di peringkat nasional.



Kami turut membawa nostalgia "Satay Club" kepada WGS pada Disember tahun lalu dan menarik lebih 3,000 pengunjung untuk menikmati satay Melayu asli!



Di peringkat nasional pula, WGS telah memainkan peranan sebagai tuan rumah kepada acara nasional yang bertujuan untuk menjangkau lebih ramai anggota masyarakat.



Ini termasuk festival "Meraikan pengetahuan@South East" pada Julai tahun lalu; minggu Kesedaran Undang-undang Kebangsaan pada September dan Singapura Bersih dan Hijau oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) November tahun lalu.



Kami juga mengalu-alukan kerjasama dengan badan-badan korporat.



Saya juga gembira untuk mengumumkan bahawa WGS dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East akan bekerjasama dengan City Developments Limited (CDL) untuk menganjurkan Anugerah Skulptur Singapura CDL ketujuh, yang bertujuan membentuk bakat artistik dan penghargaan bagi seni skulptur antara warga Singapura.



Dua hasil seni yang mampu memaparkan ciri budaya yang kaya serta warisan Kawasan Geylang Serai akan ditauliahkan dan dipasang di WGS.



Selaras dengan wawasan NEA 2019 untuk menjadikannya Tahun ke Arah Sifar Sisa, hasil seni pemenang juga akan dibuat daripada baki bahan binaan daripada pembangunan baru CDL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >