Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Wisma Geylang Serai wadah belia tonjol bakat, idea

Nov 12, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berharap Wisma Geylang Serai (WGS) dapat menjadi satu wadah bagi anak muda menonjolkan bakat dan idea mereka.



Ditemui kelmarin, beliau melahirkan rasa bangganya melihat cetusan idea anak muda mengadakan pesta muzik, Gala-Laga, menjadi kenyataan.



Gala-Laga, yang diadakan di WGS kelmarin, menampilkan bakat muzik Melayu tempatan dalam pelbagai genre termasuk muzik tradisional dan moden.



"Kita lihat kegiatan hari ini, Gala-Laga - ia merupakan satu konsep yang saya rasa agak unik sekali yang menjadi cetusan daripada pemikiran anak muda kita sendiri.



"Kita mendapat idea menerusi anak-anak muda yang mengatakan terdapat pelbagai genre muzik Melayu di Singapura hari ini dan ini merupakan genre baru yang merupakan cita rasa anak muda kita," kata beliau ketika ditemui media di Gala-Laga.



Antara pemuzik tradisional yang membuat persembahan di Gala-Laga ialah kumpulan genderang Nadi Singapura, kumpulan dikir barat moden Juara Dikir Pella, Nobat Kota Singa serta Djoko Mangkreng dan DjokoNam, yang menggunakan alat muzik tradisional seperti angklung, kulintang dan gamelan.



Kumpulan pemuzik yang mempersembahkan muzik moden pula termasuk kumpulan genderang Wicked Aura, artis 'rap' Akeem Jahat, pemain piano Nabillah Jalal, serta Singa Ragga Reggae Remedy dan Famie (Pinholes).



Dr Maliki berkata penting bagi WGS cuba mengadakan kegiatan dan program yang dapat memenuhi cita rasa segenap lapisan masyarakat.



Beliau juga berharap anak muda akan melihat WGS sebagai tempat menonjolkan bakat baru dan memulakan kerjaya sebagai pemuzik tanah air.



"Kami mengundang anak-anak muda kita untuk datang ke mari melihat bagaimana Gala-Laga dapat terus disemarakkan lagi dalam edisi akan datang supaya mereka yang mempunyai bakat tetapi mungkin takut atau tidak tahu sama ada (bakat) boleh ditonjolkan, di sinilah tempatnya," kata beliau.



Beberapa acara lain akan diadakan di WGS, termasuk acara KidsFezz pada Sabtu, 17 November, dan pertandingan dikir barat wanita Mega Puteri pada 8 Disember.



Pembukaan rasmi WGS, yang akan dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong, pula akan berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Januari depan.



Dr Maliki turut mengongsi sedikit tentang perkembangan pembangunan kawasan sekitar WGS menjadi kawasan Jalur Budaya Melayu, sambil menambah bahawa ia masih terlalu awal untuk membincangkan tentang garis masa projek itu.



Namun, beliau berkata mereka telah mula mengatur struktur yang perlu dibentuk bagi memastikan perbincangan dapat membawa kepada hasil yang diingini.



"Ini merupakan satu projek yang agak besar. Kita harus melihat dari perspektif agensi pemerintah apakah rancangan mereka dan bagaimana kita boleh mendapat satu kesinambungan antara aspirasi mereka dengan program yang mereka sudah fikirkan dan bagaimana kita boleh memastikan bahawa apa yang kita aturkan dalam kawasan WGS memenuhi visi kita untuk memastikan kita mendapat satu jalur budaya di WGS ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >