Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man Utd tunjuk tanda bangkit

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Manchester United menunjukkan tanda-tanda ia boleh bangkit menjadi pasukan yang disegani lagi di Eropah selepas ia menewaskan musuh ketat Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 2-1 dalam aksi di Old Trafford, semalam.



Kemenangan itu, yang pertama musim ini, sekali gus mengubah suasana di stadium yang sebelum perlawanan menjadi tempat penyokong membantah kepimpinan kelab itu.



United mempamerkan prestasi cemerlang untuk merangkul tiga mata pertama mereka musim ini menerusi jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford.



Keputusan itu menyebabkan Liverpool yang dibimbing Juergen Klopp gagal menang dalam tiga perlawanan pertama berturut-turut dalam liga, dengan kutipan dua mata sejauh ini.



Kemenangan ini juga adalah yang pertama bagi pengurus baru United dari Belanda, Erik ten Hag, dan dicapai selepas beliau menggugurkan pemain bertaraf bintang Cristiano Ronaldo dan kapten, Harry Maguire dari kesebelasan utama.



"Saya gembira dengan prestasi pasukan, tetapi kami mesti melakukannya dalam setiap perlawanan.



"Jangan hanya lakukannya ketika menentang Liverpool saja.



"Setiap perlawanan EPL adalah sukar. Kami perlu melakukannya dalam setiap perlawanan. Ia bermula sekali lagi dengan penuh semangat," kata Ten Hag.



Selepas tewas dan dimalukan 0-4 di Brentford hujung minggu lalu, bantahan yang disasarkan kepada pemilik kelab - iaitu keluarga Glazer yang berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat (AS) - kian lantang dan sebahagian penyokong berarak di luar Old Trafford sebelum perlawanan semalam untuk mendesak pemiliknya menjual kelab itu.



Antara perkara yang ditentang penyokong ialah kegagalan United untuk membeli pemain baru yang berkaliber untuk memperkukuh pasukan, walaupun United turut memperkenalkan pemain terbaru yang dibeli dari Real Madrid, Casemiro sebelum perlawanan bermula.



Bantahan penyokong diteruskan di dalam stadium hampir sepanjang perlawanan, tetapi kian reda apabila penyokong sedar United mungkin akan mengakhiri perlawanan dengan tiga mata dan kemenangan ke atas Liverpool.



"Kami boleh bercakap mengenai taktik, tapi lebih penting lagi adalah sikap pemain semasa perlawanan," kata Ten Hag.



"Mereka perlu berkomunikasi dan menunjukkan semangat juang."



Menambah, Ten Hag berkata beliau telah mendesak pemainnya supaya bermain dengan sikap yang berbeza daripada yang ditunjukkan dalam dua perlawanan lebih awal dan pemain-pemainnya telah memberikan respons yang terbaik.



"Ini baru permulaan. Kami boleh bermain dengan lebih tersusun dan bahaya," ujar Ten Hag.



"Hari ini, kami bermain sebagai satu pasukan, menunjukkan semangat tinggi dan faktor-faktor ini telah membolehkan kami meraih kemenangan yang diingini," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >