Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mandi sampai lima jam akibat gangguan OCD

HASLEEN BACHIK
Jan 24, 2014 | 05:41 PM



SYAMPU rambut dan bilas... syampu lagi dan bilas lagi sampai 25 kali!


Untuk setiap mandian beliau akan menggunakan sampai tiga buku sabun sehinggalah semuanya menjadi kecil.


Masa yang diperuntukkan untuk mandi? Sampai lima jam iaitu tiga jam untuk mencuci rambut dan baki dua jam lagi untuk membersih diri.


"Saya rasa satu penyeksaan... mandi kena lima jam dan saya jadi letih serta tak bermaya," akui Cik Julia Abdullah, 41 tahun, yang mengalami gangguan obsesif-kompulsif yang turut disebut sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) selama 21 tahun.


Ikuti pengalaman pahit Cik Julia yang pernah dipecat sebagai guru sains ekoran kerap lewat melapor diri ke sekolah dek gangguan OCD yang dialami.


Daripada seorang yang begitu pembersih dan mandi berjam, Cik Julia kemudian beralih bekerja sebagai 'karung guni' untuk mencari wang menyusuli pemecatannya.


Malah, lulusan Sarjana Muda Sains dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu pernah tidak mandi selama tiga bulan.


Apakah itu OCD? Mengapa Singapura disifatkan sebagai negara OCD? Ikuti laporan selanjutnya esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >