Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat dana Cabaran Presiden bantu pelajar dari golongan memerlukan

May 20, 2021 | 05:30 AM



SEDANG para pelajar dan sekolah-sekolah beralih ke pembelajaran dari rumah (HBL), masyarakat Singapura perlu memastikan tiada golongan yang akan ketinggalan di belakang, kata Presiden Halimah Yacob semalam.



Lantaran itu, beliau berharap lebih banyak agensi khidmat sosial akan memanfaatkan dana disediakan di bawah Cabaran Presiden untuk membantu khususnya, anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan.



Puan Halimah berkata dalam pos Facebooknya itu:



"Dalam kita menjalani HBL bagi dua minggu mendatang, adalah penting untuk memastikan golongan yang lemah dalam masyarakat kita diberi bantuan dan tumpuan.



"Seringkali, cabaran yang mereka hadapi adalah lebih sukar, daripada menjaga keluarga mereka sambil mencari rezeki, kepada mempunyai akses yang berkurangan bagi perkakasan seperti komputer riba dan alat digital untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka.



"Saya berharap lebih banyak agensi khidmat sosial akan memanfaatkan Cabaran Presiden untuk membantu lebih ramai kanak-kanak dari keluarga memerlukan serta memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam tempoh yang mencabar ini."



Dalam posnya itu, Puan Halimah menukil kisah pasangan adik beradik di peringkat sekolah rendah, Ashrina dan Adam, yang telah menerima komputer riba daripada Pusat Khidmat Keluar Masyarakat South Central untuk memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu, semasa tempoh pemutus litar tahun lalu.



Ibu mereka telah melahirkan terima kasih kepada Puan Halimah dalam satu pertemuan bulan lalu, kerana usaha itu dapat dilakukan dengan bantuan pendanaan daripada Cabaran Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >