Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat Pakej Generasi Merdeka mula diberi seawal Julai

Satu pasukan bertindak ditubuh untuk mendekati dan meningkatkan pemahaman warga generasi merdeka
Mar 07, 2019 | 05:30 AM



MEREKA yang layak menerima Pakej Generasi Merdeka (MGP) akan mula meraih manfaat di bawah pakej itu seawal Julai ini.



Warga emas generasi merdeka itu akan mula menerima tiga manfaat termasuk akaun Medisave mereka ditokok sebanyak $200; tambahan kepada subsidi premium MediShield Hayat mereka; dan kad Warga Emas PAssion mereka ditokok sekali sebanyak $100.



Menjelang 1 November ini pula, kumpulan generasi itu akan menerima pula subsidi tambahan bagi jagaan klinik luar, sepanjang hayat.



Apabila CareShield Hayat mula berkuat kuasa pada 2021, pemerintah akan menambah insentif penyertaan skim itu sebanyak $1,500 kepada setiap anggota kumpulan generasi tersebut, tambahan kepada $2,500 yang diumumkan sebelum ini.



Mendedahkan demikian, Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berkata pihaknya ingin kumpulan warga emas tersebut meraih manfaat daripada pakej tersebut seawal mungkin.



"Melaksanakan MGP merupakan satu usaha besar melibatkan berbilang agensi dan rakan pemerintah, dan kami sedang bekerja rapat untuk melaksanakan manfaat itu secepat mungkin.



"Kebanyakan manfaat MGP akan disediakan dalam dua fasa - Julai dan November akan datang," katanya semasa berucap di perbahasan Belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Awal dari itu, dalam ucapannya, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, berkata MGP merupakan satu cara menghargai sumbangan unik generasi merdeka dalam membentuk negara ini semasa ia mula dibangunkan.



"Pakej ini direka untuk menyokong warga emas itu dalam menjalani satu kehidupan sihat dan aktif sedang mereka menua, dan memberi keyakinan bahawa mereka akan dapat membiayai ongkos jagaan mereka," katanya.



Bagi memastikan pakej ini difahami warga emas itu secara berkesan, satu Pasukan Bertindak Perhubungan dan Penglibatan Generasi Merdeka telah ditubuhkan.



Pasukan itu merangkumi 23 anggota daripada sektor awam, privet dan umum, dan telah mengadakan mesyuarat pertama mereka dua minggu lalu yang dipengerusikan Dr Khor dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann.



Mereka yang layak, kata Dr Khor, akan menerima surat bagi MGP menjelang bulan depan.



Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) juga akan mendekati sehingga 500,000 warga emas generasi merdeka secara proaktif untuk berkongsi butiran mengenai pakej itu.



SGO juga akan menggunakan pendekatan baru seperti penglibatan berkumpulan di tempat kerja, yang mungkin diingini warga emas itu yang masih bekerja.



SGO turut akan melakukan pendekatan di lokasi umum seperti pusat penjaja.



Sementara itu, menyentuh tentang sistem teknologi maklumat (IT) kementeriannya, Encik Gan berkata langkah pertama ialah perlindungan terhadap serangan keselamatan siber serta akses yang tidak dibenarkan.



Beliau juga tekankan tentang pengesanan berkesan dan langkah penguatkuasaan bagi mengesan sebarang pencerobohan dengan pantas.



Selain itu, pencegahan dengan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung di atas pencerobohan, juga penting.



Menyentuh Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) pula, Encik Gan berkata:



"MOH akan terus memastikan bahawa menerusi rangka kerja subsidi, semua warga Singapura akan terus mendapat akses jagaan yang dimampui, dan berkualiti."



Laporan Parlimen:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >